Kadang-kadang kita rasa kita dah sempurna
Tapi , cuba buat checklist
Di tahap sempurna yang manakah kita ?
Kadang-kadang kita tak sedar
Sebab manusia diciptakan dengan sifat 'nasi'
Iaitu 'Lupa'
Kadang-kadang kita cuai
Sebab manusia tiada yang sempurna
Tetapi , kita boleh cuba untuk jadi lebih baik
Allah berfirman :
"Wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mu'minin"
Surah Az-Zaariyat
"Dan tetaplah kamu memberi peringatan
kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at kepada orang-orang beriman"
Menyeru ni ibarat menembak secara rambang
Memang tidak akan kena semua
Tetapi, pasti ada yang terkena , ada yang terasa
Buat yang kata
"Aku tak sampai serulah nak berubah ni ."
Antum tahu ,
Benda macam nilah seruan untuk antum:
Yang orang kirim-kirim dekat facebook fasal benda-benda yang baik ,
Tu semua seruan untuk antum
Jadi , ana harap antum tak pandang kosong terhadap kiriman-kiriman sebegitu
Ada sesuatu padanya yang antum patut ambil
Sempena tahun baru hijrah ini ,
Bersama-samalah kita berubah kepada yang lebih baik
Bersama-samalah kita bertaubat atas kesilapan yang lalu
"Innallaha yuhibbuttawabiina wayuhibbulmutatohhiriin"
"Sesungguhnya Allah suka pada orang yang bertaubat dan orang yang bersih"
Surah Al-Baqarah
Semoga Allah Redha !:D
Sekian ,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :D
No comments:
Post a Comment