Saturday, April 30, 2016

Curi Makanan

Assalamualaikum w.b.t

Ok tau dah lama tak update blog . Lama gila . Dekat setahun kot . Sebab takde apa nak heboh sangat . Tapi kali ni rasa macam nak update blog sebab adalah satu kejadian ni yang rare dan baru up tahun ni tapi tu pun tak ramai yang tahu . Dan semestinya Tuhan tahu .

Venue : Aspuri xxxxx

Kisahnya bermula macam ni ,

Masa tu kitorang lepak dekat dorm . Ada aku , ely , zaro , pain , farah & farisah . So time tu kitorang baru lepas senamrobik rasanya (tak pasti) . Then si ely ni mintak makanan aku sebab aku minta biskut Mark n Spencer dia . Specifically dia minta Mission Tortilla Chips Tomato Flavour . So aku pun pergila locker nak ambil makanan tu .

Bila nak ambik je mission tu aku perasan yang packaging dia dah terkoyak dekat bahagian belakang . Aku agak terkejutla . Bukan agak dah . Memang terkejut sangat . Sebab aku tak pernah sentuh pun makanan dekat bahagian bawah tu . Makanan yang aku selalu makan aku letak dekat storage box kelas prep .Time beli masa cuti bulan 3 tu , aku beli 6 bungkus so tinggal 5 lah kan termasuk yang terkoyak tu . Kira-kiranya dalam 5 minggu camtu aku baru makan satu bungkus . Jadi dekat sini boleh nampaklah yang aku ni jenis simpan simpan kira keeper camtulah .

Ok . Bila dah koyak camtu aku pun curiouslah . Pastu aku bawaklah tunjuk kat diorang . "Weh korang , dah terkoyak . Jap biar aku rasa ." LEMAU K . LEMAU . Padahal ada BAAANYAK chips dalam tu . Peh sakit hati tu Allah je yang tahu . 'Dia' makan sikit je lepas tu tak nak sepit biar lemau camtu je padahal bersusun penyepit aku susun tepi cermin so OBVIOUSLY orang yang ada akal & hati yang terang ni boleh nampak dan sepit mission aku tu . Dahla makanan favourite . Favourite flavour pulak tu (tomato) . Mahal pulak tu (RM7 lebih aku consider mahal la) .

So , konklusinye dekat sini , belum ade konklusi lagi sebab orangnya taknak mengaku . Cuma aku tak tahulah orang ni dengki ke apa dahla makan secara haram tak mintak izin , biarkan lemau pulak tu . Dia fikir aku beli guna air liur je ke ? Ikutkan hati nak je aku sumbat chips yang lemau tu dalam lubang hidung dia sekali dengan serbuk serbuknye . Tapi , aku masih waras lagilah .

Bila fikir balik dia ni bijak jugak sebab bukak packaging tu dari belakang . Tu pasal aku tak perasan sebab aku susun mission 5 bungkus tu semua manghadap ke depan . Diorang ada cakap gak maybe monyet yang curi mission aku tapi monyet mana yang pulas kunci locker dan bukak pintu locker yang agak ketat tu and bukak packaging neatly dan susun sebiji dengan cara aku susun sebelum tu . So kita nampak kat sini yang orang ni memang licik and pandai tapi kira bodoh gak lah sebab dia tak tahu ataupun tak sedar yang makan makanan tanpa izin tuannya tu haram . Dan bodoh sekali lagi sebab tak reti nak sepit packaging tu lepas bantai mission aku .

Actually kes curi makanan ni dari awal tahun lagi terjadi tapi aku tak sangka pulak yang aku pun jadi mangsa . So , apa pun aku harap orang yang curi makanan tu sedar , insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat . Aku taknak ramai lagi yang makanannya kena curi . Pleaselah , diorang beli guna duit mak bapak diorang kot . Kalau tak mampu sangat , mintaklah dekat kawan elok elok . Takpun mengadu dekat cikgu . Dan aku harap dia mengaku secepat mungkin sebab ada 'ganjaran' yang menanti dia . Mana boleh culprit lepas macam tu je . Especially dari orang macam aku ni .

Lastly , semoga Allah melindungi makanan aku , harta benda aku , orang-orang yang ada di sekeliling aku , dan apa saja yang Dia pinjamkan kepada aku sementara aku hidup dekat dunia ni . Aamiin .

Friday, June 5, 2015

Kucing

Assalamualaikum wbt .

Aku bagi tajuk kucing tu bukanla atas dasar aku ni aktivis kucing ke ape kan cuma , saje nak share cerita pasal kucing ni sebab aku rasa macam ade iktibar .

Cerita 1 : Hilang Anak 

   Ada satu hari ni aku bangun awal (tapi setiap hari aku memang bangun awal pon) pastu siap siap turun kelas prep sebab nak buat preparation (dah nama pon preparation class) . Out of the blue , aku terdengar ade bunyi kucing , ceh takdela out of the blue mana pon . Dari bangun tidur dah dengar (kot) . Aku tanyela sorang ni , 'asal kucing tu bunyi je' ? Pastu dia kata kucing tu nak cari makanan tapi aku macam ade zhonla sebab dia berbunyik tak berhenti sampaila habis sekolah haritu ......sampai esoknya.......sampai esoknya.......dan........mungkin sampai harini (api rasanye tak sebab haritu dia dah start meroyan tak keluar bunyik) . Akhirnye zhon aku tu terbukti jugak betulnye iaitu anaknye hilang . Kesian dia tau . Kesian sangat . Cara dia lahirkan anak tu sadis tragis lagi magis . Dia lahirkan anak tu terabur terabur . Satu kat bilik iron yang creepy tu . Lagi sekor bersalin kat tengah tengah musolla court yang kalau kita samakan peta asrama dengan peta dunia ni ibaratnye dekat konstantinopel . Dahla tak private sebab semua keliling tembok nak tengok detik detik indah kucing beranak . Tapi aku tak join ah sebab mak aku cakap jangan kacau privasi kucing (tapi aku selalu tengok kucing berak) . Pastu bila dah susah payah lahirkan kitten kitten tu dia mesti ah jaga betul betul an . Dah ah comel kot . Kitten kitten dialah penyebab aku tak khusyuk ngaji (jangan salahkan kitten) . Pastu bila dah hilang ape lagi an , CARIK AH (emosi) .

Cerita 2 : Selesema-FIV-Kudis-Mati 

   Kucing ni aku tak suka dia sebab aku geli tapi kesian dia ni . Warna dia hitam tapi ada kudis kat leher dan..... always berhingus . Ulang lagi sekali , ALWAYS BERHINGUS dan ALWAYS BERSIN . Dia pernah tau bersin kat selipar aku . Sedih T_T . Pastu aku pun dengan hati yang tak seberat lori pun pergila basuh kat tandas (nasib baik dm dengan tandas dekat) . Pastu dia ni menetap kat depan dm ni dah lama dah dengan catfriends dia yang lain . Mula mula dia takde kudis tau tapi hari berganti hari , bulan berganti bulan tiba tiba kitorang nampak ada kudis kat leher dia . Geli tau . Tapi kesian . Pastu sembuh balik kudis tu . Pastu ada balik . Hah nampak tak permainan dia (permainan apepon aku tak tau) . Pastu aku assume dia ni ada AIDS lah sebab aku terbaca kat infiniti yang kucing pon ade AIDS tapi istilah dia FIVla (Feline Immunodeficiency Virus) . Dia adelah simptom simptomnye tu sebab aku assume dia camtu . Tapi tu just wild assumption je ; aku bukan vet pon . Klimaksnye , pada suatu malam yang hening (krik krik , krik krik) ceh takdelah hening mana . Riuh kot sebab semua tengah beratur nak masuk dm . Aku yang on the way tetiba ternampak ade kecoh kecoh . Rupanya kucing tu dah mati . Allah sampaikan dia dekat ajal yang telah ditetapkan . Tapi yang jadi asbabnye ialah kudisnye tu . Kudis kan jijik en sifat dia pastu ramaila lalat yang tergoda pastu hinggap kat kudis dia pastu tinggalkan atsar (kesan) iaitu telurnye . Lepastu telurnye tu menetas dan lahirla ulat ulat yang comel besar gemuk dan pendek . Ulat ulat itu menyebabkan lehernya berlubang dan...... akhirnya mati terdampar dengan leher yang berlubang........... Bagusla dia dah mati . Bukan apa , hidup dahla terseksa ade kudis bagai . Lepastu manusia kutuk kutuk (baik mati). Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un .

Moral of the stories :

1) Kasih sayang seorang ibu tak terperi . Kucing pon tak sanggup hilang anak sampai meroyan-royan . Ni manusia campak sana sini , buang sana sini , kerat sepuluhlah seribulah bagai . Malulah kita dengan HAIWAN yang takde akal tu .

2) Anak tu milik Allah . Apa yang kita ada semua milik Allah . Hatta mak bapak kita pun bukan kita punya sebenarnye . Allah punya .

3) Jangan salahkan makhluk lain kalau tak khusyuk ibadah .

4) Elakkan percaya dan buat wild assumption .

5) Segala yang bernyawa pasti akan mati .

6) Sayangilah kucing . Haha .