Monday, May 27, 2013

Aku Menangis Kerana Kucing

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Cerita yang aku nak taip ni , lebih kurang dalam bulan 5 tahun 2011 . Masa tu waktu petang . Aku tak pergi sekolah agama sebab waktu balik dari latihan kawad kaki adalah waktu petang . Mak aku keluar pergi ambil adik-adik . Abah pulak di sekolahnya . Tinggallah aku dengan adik kecik dekat rumah .

Aku terdengar bunyi kucing miau miau . Aku tengoklah dekat pintu rumah . Rupanya ada anak kucing mengendeng dekat situ . Aku pun saja nak nakal-nakal dengan kucing tu , aku ambil air & bedak selepas aku tutup pintu rumah . Makanan petang aku , semua dibawa ke ruang depan . Aku pergi semula ke pintu dengan air & bedak tu . Lepas itu , mulalah aku menjahat dekat kucing tu .

Aku siram haiwan tu dengan air . Dia lari dan datang semula dekat aku . Aku cubit sikit nugget aku , bagi dia jamah . Itu cuma kebaikan yang olok-olok ja . Aku letak bedak dekat badan dia , aku siram badan dia dengan air . Konon nak bagi wangilah tu ... Dia lari & datang semula . Aku bagi makanan . Lepas tu , aku keluar rumah cari kayu . Aku cucuk cucuk anggota badan dia . Konon nak jadi doktor haiwanlah... Aku pukul-pukul badan dia , tarik-tarik ekor dia . Pembuli haiwan . Dia miau kuat kuat .

Malam itu , abah aku nak keluar rumah pergi pasar . Dia pun gostankan-lah keretanya . And then , lepas kereta dia dah keluar dari garaj rumah , aku tengok dekat tempat parking kereta dia ada bangkai kucing yang baru mati . Rupanya kucing tu ialah , kucing yang aku buli petang tu . Aku masuk rumah , menangis depan pintu . Punyalah menyesal giler macam orang hilang pedoman . Akhirnya aku akur , kucing itu telah bertemu ajalnya dan menunggu aku di 'sana' :\

Moral : Jangan berlaku zalim terhadap haiwan . Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim .