Sunday, December 30, 2012

Kisah Mayat Mati Hidup Semula

Assalamu'alaikum wbt :)

Sebelum tu , ai nak beritahu , dekat entri ni , TIADA gambar mayat , 'sweet' , mahupun yang seangkatan dengannya . Wallahi wa billah . Ai tak tipu ni . Mak ai kata tipu berdosa . Lagipun ai taip entri ni masa tengah malam. Ai sendiri pun tak berani nak menatap gambar mereka apatah lagi nak post di entri . *Ehem*. Kisah ni ai dapat dari ustazah ai . Beliau ceritakan pada kami (banat aspuri) kisah ini masa talaqqi kitab tu .

Al-kisahnya begini , ada seorang ustazah ni ,beliau buat ceramah tentang pengurusan jenazah . Tengah-tengah beliau bercakap tu , tiba-tiba , ada seorang makcik ni tanya . "Betul ke teori ustazah pasal pengurusan jenazah tu ? Saya ni , dah mati , tapi hidup semula ." *Mohon kepada semua pembaca untuk sambung membaca . Diharap tiada yang terkena serangan jantung ataupun mini heart attack . sekian* . Semua hadirin yang dengar ceramah tu dah buat muka saspen tahap *1234567899910*. Tapi , ustazah tu suruh cool-cool , rileks-rileks je . Bagi peluang dekat makcik nak sambung cakap . *Tapi sebenarnya , ustazah pun terkezzut jugak*

Makcik tu ceritalah , bila jenazah dia nak dimandikan , dia jerit-jerit panggil anak-anak dia suruh mandikan . Bila jenazah nak dikafankan , makcik jerit-jerit panggil anak dia suruh kafankan . And the same goes to bila jenazah makcik tu disembahyangkan dan keranda diusung ke liang lahad . Tapi , sadlifenya , anak-anak dia tak buat apa yang dia inginkan . Yelahkan , makcik dah meninggal , manalah anak-anak dia nak dengar dia jerit-jerit suruh tolong . Lepas tu, makcik kata "Tiba-tiba ,makcik terjaga !". Kihkih . Rupa-rupanya , makcik mimpi je . Kira okeylah tu , makcik sempat lagi kalau nak advise anak makcik .

*Ehem* . Khalasahnya , bila ditakdirkan ALLAH bahawa ibu / bapa kita akan pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya , maka ,kita sebagai anak bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah mereka . Cikai-cikai pun , tolong sembahyangkan dan baca Yaasiin dan al-Fatihah je dekat arwah .Itu pun dah memadai . Cuma , pada pandangan patik , menguruskan jenazah ni ,sebagai tanda kita sayang mereka . Sebagai tanda kita hargai jerih payah mereka melahirkan ,membesarkan , dan menjaga kita . Juga mendidik kita menjadi insan yang berguna pada Agama , Bangsa , dan Negara ! *buat gaya ahli parlimen berucap* . Sekian ,yang baik datang daripada ALLAH SWT , yang buruk , datang daripada diri saya sendiri . Wallahu a'lam . May ALLAH bless . Assalamu'alaikum wbt :D

Friday, December 28, 2012

Asrama tempat menjana duit .

Assalamu'alaikum wbt :)

Apa khabar kalian-kalian sekalian ? *ewah , ayat apa kau guna , fathi ?* . Okey , mari kita lantakkan sahaja kata-kata aluan dari Puan Sri Fathi . Straight to the point , patik sebenarnya nak cerita pasal asrama. K , patik sedar , sejak setahun ni , patik asyik cerita pasal asrama , sekolah , asrama , sekolah saja . First , sebab patik terlalu eksaited masuk asrama tahap *abcdefghijklmnop* . Kedua , sebab pastik eksaited . Ketiga , sebab patik eksaited . Keempat , sila ulang benda yang sama sehingga ke infiniti X) . Sebenarnya , ini bukan point sebenar pun . Cas cas je nak straight to the ampang point . Last-last masuk Jalan TAR jugak . Patik buat tajuk 'Asrama tempat menjana duit' ni bukan apa . Fyi , asrama sekarang trendnya jual-jual barang . Biasalah , budak-budak sekarang ni , pemikiran dia maju . "Aku tak dapat belajar tinggi-tinggi pun takpelah , berbekalkan pengalaman aku jadik businesswoman / businessman kat asrama ni , boleh jugaklah aku sara hidup aku lepas habis belajar nanti." *nada pasrah , menyerah dan beralah*. So , pada tuan tuan hamba sekalian yang teringin nak berbusiness dekat asrama , patik ada suggest stuff stuff yang agak laku jika dijual di asrama .

Makanan
*Ehem* . Bak kata pepatah , budak asrama dengan makanan memang tak dapat dipisahkan . Bagai isi dengan kuku , aur dengan tebing , pelajaran dengan buku , dan rumput dengan kambing . Kahkah . Okay , it's not funny , Puan Sri . You better sambung about the makanan . Makanan yang paling laku ialah ________ treng teng teng... MAGGI !!! Tapi , biasanya laku dekat budak lelakilah . Kalau perempuan maybe bubur segera :3 Tapiii , yang paling grand ialah makanan hand-made . Macam cupcake ke , nasi ayam ke , cheezy wedges ke , nasi lemak ke , apa ke. Selalunya makanan macam ni dia orang jual setiap hari minggu je . Almaklumlah , mak bapak rajin datang waktu hujung minggu je . Tak sampai 1 minit buat announcement , dorm dah penuh . Malam tu tidur tersengih-sengih memanjang . Bukan apa , happy sangat dapat untung sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Alhamdulillah...

Pakaian
Jangan hang pikir duduk asrama beli makanan forever . Orang jual pakaian pun ada jugak tau . Ni especially untuk perempuanlah . Kalau lelaki , patik tidak tahu menahulah pulak pakaian apakah yang dilelong . Yang orang perempuan ni dok pakat jual jubah , blaus , tudung , stoking , dan stongan . Tapi an , patik takdelah sampai nak beli jubah , blaus dengan tudung tu semua . Patik just beli stoking dengan stongan je . Barang kecik , harga pun kecik , kan ? *sila angguk . siapa tak angguk , bunuh satgi* So , tak berlaku banyak pembaziran di situ and yeah , patik beli kalau terdesak je . I'm not the boros onee . *and that was the liar words onee :p*

Stuff tambahan
Stuff tambahan ni contohnya macam : keychain , beg & sandal . Keychain ni keychain yang kita boleh taruk nama kita ikut suka hati . Pernah jadi trend dan kegilaan suatu masa dahulu . Namun kini , kegilaan tu dah berkurangan ke tahap sakit mental . Kira okeylah tu . Mental dia cuma sakit je . Tak sampai gila pun . Kitorang budak maahad ni ramai yang ada quran tafsir berzip . So , diorang ramai yang gantung kat situ . Bila jalan bawak Quran je mesti jatuh-jatuhkan keychainnya semata-mata nak tayang nama yang bling bling tu . Salah seorangnya patiklah . Haha X) . Kalau beg pulak , macam-macam beg ada . Sampai beg ala-ala mak datin pun dijual . Bila tengok katalognya , I was like "Double wow !" ? Dan situasi yang sama turut menimpa pada kasut .

Natijahnya setelah ditambah , tolak , darab dan bahagi , makanan paling laku ! Yeayyy *sila beri tepukan gemuruh jiwa*. Tak dinafikan , patik ada juga beli-membeli ni . Patik beli beg , stongan , stoking & cupcake . Patik pun ada nafsu juga . Ada 9 nafsu pulak tu . Mustahil tak tergoda tengok beg yang lawa-lawa , stongan yang design cantik + kain jenis yang best . Lagi bernafsu patik tengok cupcake yang Huda jual . Rasa nak habiskan sorang-sorang je cupcake tu . Makan dalam dorm depan almari sambil ngadap gambar mak abah + adik-adik . *Psst , ni adalah rahsia yang patik simpan sejak masuk asrama . Iaitu rahsia menyeludup masuk gambar keluarga ke dalam almari . Tapi akhirnya , sepandai-pandai belalang melompat , akhirnya jatuh ke rumput jua bila ada kawan curi-curi buka almari . Lepas tu , sibuklah busy body tanya yang pakai baju ni sape , yang comel ni sape , yang tinggi lampai kalah hantu galah ni sape , yang kiut miut da bomb nak gila ni sape . Patik hempuk dengan besi katil ni baru diam seribu bahasa . K , sekian , Assalamualaikum wbt :)

Monday, December 24, 2012

R.E.S.U.L.T

Assalamu'alaikum wbt :D
Salam sejahtera wahai bakal-bakal jenazah sekalian . Cewah , meremang tak bulu roma baca perkataan jenazah tu ? Harap-harap meremanglah ye . Sebab , walau apapun pangkat dan darjat kita di dunia , kita tetap BAKAL JENAZAH dan calon Sijil Padang Mahsyar .Ok , kita tutup sesi wazakkir kita dengan tasbih kafarah dan suratul Ashr . Now , straight to the Ampang Point , aku sebenarnya nak cerita pasal result PMR aku . Boo , tak payah nak PMR lah sangat , kan ? PBS cukuplah , Fathi .

Oh , sebut pasal PBS , aku yang ada 9 nafsu ni bernafsu jugalah nak share aku dapat band berapa . Keseluruhannya , sadlife :'( Buat kerja banyak , tapi ada yang tak dapat band 6 . Terutamanya Sains diikuti dengan Sejarah , PAI , dan BI . Kadang-kadang , aku rasa PBS ni macam tak adil . Tak tahulah kenapa . So , here's the details :
Bahasa Melayu [Band 6] Bahasa Inggeris [Band 5] Matematik [Band 5] Sejarah [Band 5] Geografi [Band 6] Pendidikan Islam [Band 5] Sains [Band 4] Bahasa Arab [Band 6] . Lihatlah betapa _________ *sila sambung tidak melebihi 6 aksara*nya result PBS aku . Hailah~ Dah nasib badan...

Overall , aku sungguh tak puas hati dengan result sukatan KBSM aku kali ni . You know what ? Aku dapat 3A 4B 1C . Wuuu , sadlife weh . Tak terbayang macam mana result PMR yang sebenar .  Nak nangis aku masa tu . Lepas tu aku scrollkan biji mata aku ke arah kolum 'kedudukan dalam kelas' . Guess what ? Aku dapat nombor 2/30 ! Fuh , aku tak pernah sangka . Adalah juga dapat mini heart attack masa tau aku dapat nombor dua . Nasib baik tak dapat mega heart attack . Fuh , lega . Terfikir jugak aku kalau aku pengsan kat situ siapa yang cempung aku . Wuuu , malu malu . *tutup muka dengan laptop*

Namun , aku rasa pelik sikit . Aku dapat 3A4B1C je , macam mana boleh duduk di tangga kedua . Sedangkan ramai lagi yang pandai . Ramai yang dapat 6A . Lagipun , aku ni budak yang cikai-cikai je dekat kelas Farabi tu . Jeng jeng , persoalan tu terjawab setelah aku godek-godek , belek-belek dan terbalikkan depan belakang kertas result tu . Aku dapati....... markah al-Quran aku tinggi ! Yeay ! Alhamdulillah... Berkat al-Quran... Syafawi yang tebuk-tebuk tu aku dapat 95% ; alhamdulillah mumtaz . Tahriri yang tulis-tulis tu pulak aku dapat 99% ; alhamdulillah , mumtaz jugak .

Aku tunjuk result tu dekat mak . Mula-mula mak bagi aku ceramah free . Biasalah kan , mak siapa yang tak marah bila anaknya dapat 3A4B1C ? Dekat 5 minitlah aku tadah telinga dengar ceramah tu . Tak pasal-pasal adik aku yang lain ikut dengar sebab mak ceramah dalam kereta . Malu woo , dengan adik . Lepas tu aku suruh mak tengok markah al-Quran aku . Nak tutup malu punya pasal... Fuh , mak terdiam seribu bahasa ! Speechless terus . And then , mak cakap :"Ni maknanya , kau mampu hafal al-Quran . Jangan sia-siakan peluang Allah bagi . Yang dapat hafal al-Quran ni orang yang terpilih je tau " . Mulalah hidung aku tu terkembang-kempis , kembang kempis . Boo , nilah Fathi . Pantang ada orang puji . Lain kali jangan puji tau !

Kesimpulannya , apa jua keputusan yang kita dapat , samada cemerlang atau gagal , kita perlu terima seadanya .Kita kena redha . Buat yang dapat keputusan cemerlang , ingatlah , hidup ni bagaikan roda . Kejap kita di atas , kejap kita di bawah . Tak selama-lamanya kita akan berjaya . Buat yang gagal pula , usaha itu penting . Usaha , doa , istiqamah , tawakkal . In Shaa Allah satu hari nanti akan berjaya . Kalau dah berjaya , janganlah pula lupa daratan . K , Sekian , Wassalam . May Allah bless...:)