Thursday, July 25, 2013

Review #Rasulullah is My Doctor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Buku ini adalah antara buku yang terlaris masa PTS datang untuk jualan . Saya pun pergilah usha usha buku ni . Ramai yang kata buku ni best . So , saya pun belek-beleklah isi kandungan dia . Pepatah inggeris ada mengatakan "Don't judge a book by it's cover" . Ok , saya dah judge buku ni . Indah khabar , indah juga rupa . Maksudnya cover lawa , isi dalam pun bagus . Buku ni cerita pasal kesihatan termasuklah cara nak hilang jerawat , nak turun berat badan semua ada . Perempuan of courselah suka kan . Tapi , bukan tu yang menarik saya untuk beli buku ni . Fyi , saya ni rabun . Tengah selak-selak buku tu , tiba-tiba terbuka bab tajamkan penglihatan mata . Lagilaaa nafsu kuat nak membeli . Alhamdulillah . 

Buku ni sebenarnya memuatkan ilmu perubatan Rasulullah SAW . Dalam buku tu banyak cerita pasal habbatus sauda' . Dan buku ni kiranya berlandaskan syariat jugaklah . Ada letak ayat-ayat ruqyah , cerita pasal wuduk dan sebagainya . Lepas tu cerita khasiat buah-buahan . And last but not least , bab kekacauan perubatan dan bahaya vaksin . Dua-dua bab tu menceritakan konspirasi amerika merosakkan manusia . Macam mana penulis ni boleh tahu ? Jerry D. Gray ni dulu beliau pernah kerja bawah amerika , lepastu masuk Islam . Lepas masuk Islam , beliau sedar yang beliau perlu mendedahkan konspirasi yahudi/amerika . Antara buku-buku beliau ialah Art Of Deception , The Real Truth , dan Dosa-Dosa Media Amerika . Untuk membaca sambungan tentang konspirasi amerika merosakkan kesihatan dunia tu , belilah buku Deadly Mist . Ok , buat yang inginkan perubatan Islam , saya syorkan buku ini . Peace No War ^^ 




Sunday, July 14, 2013

Perjuangan Yang Dipersiakan

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh :)

Setelah beberapa tahun saya selami hidup di bumi maahad mengenali Islam dengan lebih dekat . Dan baru saya tahu betapa nilai seorang wanita begitu tinggi . Wanita-wanita dunia , berterima kasihlah pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana menaikkan martabat kita . Selawatlah ke atas baginda sebagai tanda terima kasih ; mudah-mudahan mendapat syafa'at di akhirat kelak . Jika tiada baginda , apa akan jadi pada kita ? Kita umpama pelacur kelas atasan ! Atau mungkin tradisi jahiliyyah masih berkekalan ; bayi perempuan ditanam hidup-hidup ? Na'uzubillah . Tapi , hakikatnya , ramai yang tak menyedari hal ini . Perjuangan baginda Rasulullah SAW seolah-olah dipersiakan . Wanita dahulu maruahnya terjaga malah disegani . Wanita sekarang majoritinya maruah bagai di kaki . Ada yang dah sampai tiada dara . Apa semuanya ni ??? Saya kecewa dengan sikap kaum hawa sekarang ni . Itu tak termasuk para 'da'ie gedik' . Konon pakai purdah/niqab , tapi , tahukah anda , lelaki lebih tertarik pada anda . Sebab apa ? Lirik mata menggoda , ditambah dengan eyeshadow , bulu mata melentik-lentik . Kemudian , dekat laman sosial buat status "Kepada bakal imamlah , bakal zaujlah , pemilik tulang rusuklah , apalah ." Tak malu ke ? Fikirlah , apa perasaan Rasulullah kalau baginda lihat semua ni ?

'Wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang itu adalah lebih mulia -Saidatina Aisyah" 
Saya cuba untuk tidak memandang dan tidak dipandang . Saya cuba untuk menjaga ikhtilat . Saya berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan ajnabi kecuali hal yang penting . Saya cuba untuk menjaga tingkahlaku . Saya cuba untuk menjadi muslimah yang disegani . Ini kerana tingginya nilai seorang wanita . Wanita yang mahal , takkan semudahnya mengucapkan "hai" atau kata-kata lain pada seorang ajnabi . Wanita yang tinggi nilainya takkan semudahnya melemparkan 'pandangan murah' terhadap ajnabi kerana dari mata itulah yang turun ke hati . Wanita yang tidak murah takkan melakukan perkara yang dapat menarik perhatian ajnabi , atau kata lainnya 'mencapub' . Dan wanita yang terbaik adalah wanita yang tidak dipandang atau istilah terhormatnya , wanita yang disegani . Apabila lalunya seorang wanita di suatu tempat yang ada ajnabi , serta merta pandangan keduanya ditundukkan atas rasa malu yang dimiliki . Sikap ini juga seiring dengan firman Allah dalam surah an-Nur tentang ayat menundukkan pandangan .

Saya mengambil inspirasi daripada satu part di dalam kisah Saidatina Aisyah RA difitnah . Ketika itu Aisyah telah tertinggal daripada pasukan perang yang lain . Kemudian , beliau duduk di satu tempat menunggu jika ada baki tentera yang tertinggal . Maka , datanglah Safwan menolong beliau . Mereka pulang bersama . Safwan berjalan di hadapan . Sepanjang perjalanan itu , Safwan tidak langsung mencuri pandang atau lain-lain . Ini menunjukkan wanita zaman dahulu adalah disegani . Saya amat kagum dengan tokoh-tokoh wanita zaman Rasulullah terutama saidatina Aisyah . Semoga saya dapat menjadi seperti beliau dalam masa terdekat ni sampai bila-bila . In sha Allah . Aamiin :)

Bila terasa digoda syaitan, saya sematkan dalam diri "Ingat perjuangan Rasulullah dalam menaikkan martabat kau sebagai seorang perempuan . Jangan dipersiakan . Lau kana bainana el-habib."
Sekian , luahan hati seorang Izzah . Harap ada perubahan yang berlaku . In sha Allah :')