Tuesday, March 26, 2013

Khas untuk orang yang ditimpa ujian :)

Assalamualaikum wbt :)

Semoga kalian berada di dalam naungan rahmat dan maghfirah-Nya . Kepada yang ditimpa ujian ketika ini , ingatlah ketika Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 :"Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha ." Maksudnya , "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ." Dan setiap ujian yang Allah datangkan adalah bermaksud untuk menguji keimanan kita dan menguji di antara kita siapa yang lebih baik amalnya . Tapi , tak semua ujian tu dalam bentuk kesusahan . Hakikatnya , ujian dalam bentuk kesenangan tu lagi susah daripada ujian dalam bentuk kesusahan . Last but not least , hadapi setiap ujian dengan penuh tabah dan sabar kerana kadang-kadang Allah sembunyikan matahari . Kita tanya mana matahari . Rupa-rupanya , Allah nak bagi kita pelangi !^_^ Innallaha ma'assabiriin... Dan orang yang bersabar tu in sha Allah akan mendapatkan keuntungan atas kesabarannya . Aamiin...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji ." [Al-Ankabuut:2]
"Yang menciptakan mati dan hidup , untuk menguji kamu , siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya ." [Al-Mulk:2]
"Dan Kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kalian kembali ." [Al-Anbiyaa':35]
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung ." [Ali Imran:200]
Semoga antum saudara-saudara ana sentiasa tabah . Mohonlah kekuatan daripada Yang Maha Pemurah . Ma'as salamah wa ilalliqaa'... :D

Sunday, March 24, 2013

Kita Semua Abdullah !

Assalamualaikum wbt :)

Semoga antum sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT . Ana di sini , bukanlah sesiapa untuk menulis artikel sebegini . Tapi , atas kesedaran bahawa ana adalah saudara seislam antum , maka , ana ingin menyedarkan antum semua tentang kita adalah 'abdullah' . Bukan yang ada nama Abdullah je , abdullah ye . /Saling menyedarkan dan memberi peringatan itu tanggungjawab seorang muslim kepada muslim lainnya . Kita kan bersaudara !:)\

Alhamdulillah , Allah campakkan kesedaran dalam diri ana yang ana ni hamba-Nya . Tapi , ana terfikir , berapa ramai lagi yang di luar sana masih 'buta' dalam berpangkat , 'buta' dalam menjadi 'hamba dunia' . Jadi , ana taknaklah ana seorang je yang sedar . Ana nak semua saudara ana sedar hakikat mereka 'abdullah' . Ana pun pernah buta . Dulu ana jadi pengawas , penolong ketua kelas , ana nak semua orang patuh perintah ana . Tapi , perintah Allah , ana buat endah tak endah . Begitulah juga masa ana pegang jawatan-jawatan yang memerlukan orang patuh perintah ana . Ana tak ambil berat perintah Allah . Tapi , perintah guru / walidain / kawan ana ikut je sebab ana takut mereka marah / benci ana / sebagainya . Ana 'ter'lupa murka Allah SWT lagi hebat maha dahsyat . 'Ter'lupa yang "Wallahu asyaddu ba'san wa asyaddu tankilan" . Allahumma . Sampailah suatu hari , tengah ana duduk nak tunggu azan maghrib , ana tersentak bila tiba-tiba terfikir akan 'abdullah' itu lepas ana baca buku Di Hamparan Shamrock , Ku Seru Nama-Mu .

"Selama ni , aku sibuk ikut cakap orang . Sibuk nak arah-arah orang . Sibuk nak suruh orang ikut arahan aku . Tapi , aku lupa aku hamba kepada Yang Maha Besar , Yang Maha Esa , Yang Menciptakan aku . Aku baca kalam-Nya setiap hari . Tapi , ayat suci yang aku baca selama ni bagai angin lalu je . Ayat "Wa maa khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun" pun aku baca sebab nak tasmik & muraja'ah semata . Langsung aku terlupa ayat "Afala yatadabbarunal quran am 'ala qulubin aqfaluha" . Ya Allah , ampunkan aku !"

Kini , ana kembali 'celik' . Menyedari hakikat diri ini hanya seorang 'abdullah' . 'Abdullah' yang terukir dari hati ! :) Terima kasih kepada Kak Ellisa yang sudi meminjamkan buku shamrocknya kepada saya . Ma'assalamah . Semoga Allah kekalkan ke'celik'an itu ! Aamiin wa ilalliqaa' :)

Dunia itu manisan yang memabukkan~
Manusia sering alpa dan leka mengejar habuan dunia . 
Oleh itu , sedarlah dirimu , sirnakan kelam , sinarkan cahaya .

Aktifkan jantung dengan Zikrullah ! :D

Assalamu'alaikum w.b.t :)

Err ,apa khabar semua ? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan ALLAH SWT . Bersempena petang yang masih diberi peluang untuk kita merasainya ini , marilah kita bersama-sama aktifkan jantung dengan zikrullah ; mengingati Zat Yang Memberi petang ini kepada kita . Alhamdulillah :)


/Illustrasi yang menarik dapat mendorong hati yang ingin kembali pada Rabbnya untuk berzikrullah :D\ 
Ma'assalamah wa ilalliqaa'...:)