Thursday, November 21, 2013

Pasca Ujian Tahfiz

Assalamu'alaikum .
Dengan nama Allah ar-Rahim , aku menulis .
          _____________________

@Kelas Tasmik ; waktu tengahari ,,,

"Fathi , Ush Redha panggil ." kata Pip .

"Huh , pehal ?" kata aku .

"Ujian Tahfiz ." kata Hanis .

"What the ...??? Serius ?" tanya aku .

"Yelah . Pergi ah jumpa dia ." kata Pip dengan nada malas malas .
          ____________________

@Pusat Sumber ; waktu tengahari ,,,

"Kamu masuk ujian tahfiz ye ? Bolehlah..." Ush pujuk .

"Tapi , ustazah , saya takut ..." *muka tak boleh blah*

"Alah , takpe , cuba je . Kamu kan dah pernah masuk Isbat 1-10 , takkan tak boleh ?" Ush psiko .

"Ermm... oklah . Saya cuba aje ye . Kalau kalah , takpe eh ." *sengih sengih*

"Takpe , baru tahun pertama . Ambil pengalaman dulu , nanti tahun depan buat betul-betul ." Ush bagi motivasi .

"Hmm kk ." aku jawab acuh tak acuh .
          ____________________

@Pondok Telefon ; waktu tengahari ,,,

"Helo assalamualaikum ma , orang masuk ujian tahfiz ni . Ustazah suruh ." tepon mak .

"Oh ye ke ? Bila ?" mak jawab pendek je .

"27 November kat Masjid KKB tu . Takut ah . Cane ni ?" balas anak sulung yang gedik tahap cimpanzi .

"Ngulanglah . Tidur je mana nak ingat quran tu ." mak serang . Macam tau tau je apa aku buat dekat hostel .

"Tapi kalau dah ngulang tak ingat jugak cane tu ? Haih serabut serabut ." aku menggedik lagi sekali .

"Ingat tak ingat tu kan Allah yang bagi , kalau kau jauh dari Allah , cane Allah nak bagi . Kau kenalah rajin-rajin mintak . Bangun malam . Tapi kau memanglah bangun malam . Bangun malam jadi burung hantu , online memanjang . Cubalah tahajjud ." mak bagi pedoman . K , trimas mak .

"Hmm kk . Assalamualaikum bye . Jangan lupa cakap kat abah orang balik Jumaat ni . K ."

"Waalaikumussalam ."
          ____________________

@Musolla Jami' Mukhlasin ; waktu senja nak dekat Maghrib ,,,

"Kak Fina , nak kacau kejap boleh ?"

"Emm , ok ."

"Kak Fina ceritakan sikit pengalaman akak masuk ujian tahfiz ."

"Akak start masuk masa tingkatan 3 , bla bla bla ........" *aku tak ingat sangat kak fina cakap apa pengalaman dia*

"Macam mana akak boleh sampai jadi johan peringkat kebangsaan ?" soal aku dengan perasaan nak tahu yang membuak-buak .

"Rajin ulanglah . Semakin besar harapan kita , semakin banyak yang kita kena korbankan . Contohnya tidur , hiburan dan wtvr . Kalau tengok orang tengah sembang gelak-gelak , kita sabar je . Ngulang je . Jangan sampai tergoda ." eceyceyy kak fina bagi nasihat .

"Habistu an , kalau kita dah pulun ngulang sampai nak mati pun tak ingat jugak , cane ?" aku asyik tanya soalan ni je . FAQ :)

"K , camnilah , lepas ulang tu , kamu tawakkal je . Lepas dah habis ikhtiar betul-betul , baru kamu tawakkal k . Lagi satu , kamu kena tajdid niat . Masuk UT ni untuk apa ?" Kak Fina keluarkan soalan .

"Oh , tu , ustaz Redzuan pernah cakap , kalau ada program camni , kena masuk . Sebab benda nilah yang buat kita banyak ngulang . Jadi , masuk UT untuk ngulang ye ?" aku tanya balik .

"Ye ,, masuk UT kerana Allah dan untuk banyakkan ulang ." 

"Terima kasih kak Fina . Sorry ganggu . Hihi ." *buat muka comel #lahsangat -,-*
          ____________________

@Musolla Jami' Muhsinin ; waktu Maghrib ,,,

"Kak Hajar , nak tanya ,, boleh tak ? Hihi ." aku tanya dekat kakak dorm kesayangan pulak .

"Tanyalah , apa dia ?" jawab kak hajar dengan lembut omei omei nyaa .

"Kak Hajar pernah masuk UT kan ? Biasanya soalan satu , antara juz berapa sehingga juz berapa ?"

"Emm , tak pastilah ,, yang penting ulanglah ." jawapan ni sangat tak memuaskan hati aku . K takpe , takpe .

"Kalau kita ulang , tapi tak ingat-ingat juga . Cane ?" kan aku dah cakap , soalan ni soalan FAQ .

"Jangan putus asa . Ulang lagi ."

"Kalau kita ulang , tapi tak dapat jawab cane ?"

"Ingatlah , Allah tak zalimi hamba=Nya ." tenang weh tenang dengar jawapan kak hajar omei omei .

"Kalau kak hajar tak dapat jawab , malu tak ?" aku nak tau perasaan kak hajar konon konon nak rilekla kalau tak dapat jawab .

"Kalau tak dapat jawab , memanglah malu . Bukan malu dekat manusia , malu dekat ALLAH ." Peh peh ni lagi sentap daripada heart attack k .

"Ok kak hajar , terima kasih ."

Tiba-tiba , air mata keluar . Ceycey , aku memang ciwek k . Malu kut jumpa kak hajar sebab aku nangis depan dia T____T Entah tak tahulah pehal part jumpa kak hajar ni aku boleh nangis .
          ____________________

@Musolla Jami' Mukhlasin ; waktu lepas Maghrib ,,,

"Fathi , semalam kita jumpa kak beel ,, kak beel cakap , masuk UT bukan untuk cari pengalaman , tapi untuk cari kejayaan ." kata Izzah@Ikan nemo

Serentak ; kami berdua sengih lebar-lebar , sebab , motif kami memang nak cari pengalaman .

Tiba-tiba ,,,

"Fathi , Go Diego Go !!!" Naji datang dengan kata kata semangat diego pffffft -;-

"Mende do kau Naji , aku bukan diegolah ,,==' . Takpelah , papepun , thanks Naji ."

Kami sama-sama gelak . Ukhuwwah Fillah k .
          _____________________

Khulasahnya di sini , bagi sesiapa yang menghafaz al-Quran , wajib baginya mengulang hafazannya . Bukan time time nak pertandingan / periksa je , EVERYTIME k . Oh , di kesempatan ini juga , saya ingin meminta jasa daripada sesiapa yang baik , tolong doakan kejayaan saya time pertandingan tu nanti . Tak menang pun takpelah , asal dapat jawab T__T hihi . Kthanks .

Wallahu a'lam...

Thursday, July 25, 2013

Review #Rasulullah is My Doctor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Buku ini adalah antara buku yang terlaris masa PTS datang untuk jualan . Saya pun pergilah usha usha buku ni . Ramai yang kata buku ni best . So , saya pun belek-beleklah isi kandungan dia . Pepatah inggeris ada mengatakan "Don't judge a book by it's cover" . Ok , saya dah judge buku ni . Indah khabar , indah juga rupa . Maksudnya cover lawa , isi dalam pun bagus . Buku ni cerita pasal kesihatan termasuklah cara nak hilang jerawat , nak turun berat badan semua ada . Perempuan of courselah suka kan . Tapi , bukan tu yang menarik saya untuk beli buku ni . Fyi , saya ni rabun . Tengah selak-selak buku tu , tiba-tiba terbuka bab tajamkan penglihatan mata . Lagilaaa nafsu kuat nak membeli . Alhamdulillah . 

Buku ni sebenarnya memuatkan ilmu perubatan Rasulullah SAW . Dalam buku tu banyak cerita pasal habbatus sauda' . Dan buku ni kiranya berlandaskan syariat jugaklah . Ada letak ayat-ayat ruqyah , cerita pasal wuduk dan sebagainya . Lepas tu cerita khasiat buah-buahan . And last but not least , bab kekacauan perubatan dan bahaya vaksin . Dua-dua bab tu menceritakan konspirasi amerika merosakkan manusia . Macam mana penulis ni boleh tahu ? Jerry D. Gray ni dulu beliau pernah kerja bawah amerika , lepastu masuk Islam . Lepas masuk Islam , beliau sedar yang beliau perlu mendedahkan konspirasi yahudi/amerika . Antara buku-buku beliau ialah Art Of Deception , The Real Truth , dan Dosa-Dosa Media Amerika . Untuk membaca sambungan tentang konspirasi amerika merosakkan kesihatan dunia tu , belilah buku Deadly Mist . Ok , buat yang inginkan perubatan Islam , saya syorkan buku ini . Peace No War ^^