Monday, May 27, 2013

Aku Menangis Kerana Kucing

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Cerita yang aku nak taip ni , lebih kurang dalam bulan 5 tahun 2011 . Masa tu waktu petang . Aku tak pergi sekolah agama sebab waktu balik dari latihan kawad kaki adalah waktu petang . Mak aku keluar pergi ambil adik-adik . Abah pulak di sekolahnya . Tinggallah aku dengan adik kecik dekat rumah .

Aku terdengar bunyi kucing miau miau . Aku tengoklah dekat pintu rumah . Rupanya ada anak kucing mengendeng dekat situ . Aku pun saja nak nakal-nakal dengan kucing tu , aku ambil air & bedak selepas aku tutup pintu rumah . Makanan petang aku , semua dibawa ke ruang depan . Aku pergi semula ke pintu dengan air & bedak tu . Lepas itu , mulalah aku menjahat dekat kucing tu .

Aku siram haiwan tu dengan air . Dia lari dan datang semula dekat aku . Aku cubit sikit nugget aku , bagi dia jamah . Itu cuma kebaikan yang olok-olok ja . Aku letak bedak dekat badan dia , aku siram badan dia dengan air . Konon nak bagi wangilah tu ... Dia lari & datang semula . Aku bagi makanan . Lepas tu , aku keluar rumah cari kayu . Aku cucuk cucuk anggota badan dia . Konon nak jadi doktor haiwanlah... Aku pukul-pukul badan dia , tarik-tarik ekor dia . Pembuli haiwan . Dia miau kuat kuat .

Malam itu , abah aku nak keluar rumah pergi pasar . Dia pun gostankan-lah keretanya . And then , lepas kereta dia dah keluar dari garaj rumah , aku tengok dekat tempat parking kereta dia ada bangkai kucing yang baru mati . Rupanya kucing tu ialah , kucing yang aku buli petang tu . Aku masuk rumah , menangis depan pintu . Punyalah menyesal giler macam orang hilang pedoman . Akhirnya aku akur , kucing itu telah bertemu ajalnya dan menunggu aku di 'sana' :\

Moral : Jangan berlaku zalim terhadap haiwan . Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim .

Sunday, April 28, 2013

Tadabbur Al-Quran : Pedoman buat para pengeluh tegar

Bismillahirrahmanirrahim


"Sungguh , manusia diciptakan bersifat suka mengeluh ."
[Surah al-Maarij : 19]
Kita memang suka mengeluh kan ?
Bila dapat musibahlah terutamanya .
Tapi , mesti selalu ada seseorang tegur :
"Jangan mengeluh , Allah bagi ujian sebab Dia sayang kau , ada hikmahnya ."
"Fainna ma'al 'usri yusran ."
Setiap kesusahan bersama kesenangan .
Maksudnya Allah tak bagi kita susah je .
Mesti ada senangnya yang kita tak nampak .
Allah tak kata "Fainna ba'dal 'usri yusran ."
Cari hikmah itu .
Itu selingan .
Saya selalu ingin berazam untuk kurangkan mengeluh .
Kerana orang Islam itu kuat , tabah .
(saya Islam)
Satu hari , saya sedang muraja'ah awal juz 9 bersama ahli 'seram bil Quran' .
Saya nakal , saya buka tafsir .
Saya 'ter'baca "Innal insana khuliqa haluu'an" .
Bakal-bakal ahli syurga itu marah saya .
Saya persetankan .
Saya baca tafsir ayat seterusnya :

"Apabila dia ditimpa kesusahan , dia berkeluh kesah ."
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir ."
"Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat ,"
"Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya ."
"Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu ,"
"Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta ."
"Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan ,"
"Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya ,"
"Sesungguhnya terhadap azab Tuhan mereka , tidak ada seseorang
yang merasa aman (dari kedatangannya )"
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya ."
"kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki
maka sesungguhnya mereka tidak tercela ."
"maka barangsiapa mencari di luar itu (seperti zina , homoseks , dan lesbian),
mereka itulah orang-orang yang melampaui batas ."
"Dan orang-orang yang memelihara amanat dan janjinya ."
"Dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya ."
"Dan orang-orang yang memelihara solatnya ."
"Mereka itu dimuliakan di dalam syurga ."

[Yang pink-pink tu isi penting .]
Akhir kalam daripada saya di entri ini :
"Banyakkan baca dan tadabbur al-Quran . Kita akan temui banyak mutiara yang dapat dijadikan pedoman hidup..."
Sirru 'ala barakatillah... :D