Friday, June 28, 2013

Terhantuk semasa tidur yang membawa keinsafan

Assalamu'alaikum wbt :)

"Simbolik bagi saya . Hihi 'banyak belajar'lah katakan~"
Alhamdulillahillazi hadana lihaza wa ma kunna linahtadiya lau la an hadanallah . Ni ayat tasmik pagi tadi . Punyalah tercari-cari doa yang ustaz jenal baca tiap-tiap sebelum kelas BA . Rupanya ada dalam al-Quran . Alhamdulillah . Surah al-A'raaf ayat last muka surat kelima . #rasanya . Saya tak tahulah saya ada penyakit memang kuat tidur ke hape sampai kawan saya cakap saya ni 'queen of tilam' . Saya tertanya-tanya juga , dekat kelas ada tilam ke sebabnya saya selalu tertidur dalam kelas . Actually , bukan tidur pun sebenarnya . Tapi , terlelap . Simptom bermula bila saya sedang membulatkan mata sedaya upaya untuk fokus di dalam kelas . Tiba-tiba , "Izzah....." . Eh , sejak bila aku tertidur ni ? Hmmh .

Pernah sekali saya tidur bersandar atas kerusi kemudian badan mula condong dan akhirnya nasib baik tak terjatuh ke tepi . Sempat jugalah saraf bekerja . Masa dengar ceramah lagilahh . Hamboi , kemain syatonirrajim tu dengki sangat dengan saya sampai buat saya tersengguk-sengguk . Bergayut-gayutan di kelopak mata saya . Amboi , ingat kita ni palang gayut hape . Tapi , yang kesiannya orang depanlah sebab saya asik tersengguk-sengguk sampai terhantuk beberapa kali dekat badan orang depan . Dia sakit , saya malu .

Suatu petang , ada kelas BAA dengan ustaz Jenal . Waktu tu memang saya set nak tidur . Jadi , saya memilih tempat yang agak memang strategik untuk tidur iaitu di bahagian belakang sekali tepi dinding . Saya duduk atas kerusi tanpa meja kerana meja memang special edition dekat bilik tayang dua . Saya duduk jarak sikit dengan dinding . Start je ustaz cakap , saya terus tutup mata sambil pegang pensel . 10 minit kemudian.... "Dumm !! Tik !" . Dengan tidak semena-menanya saya terhantuk dekat dinding . Serentak dengan itu , pensel pula jatuh . Uish , terus segar . Bangun je , terus tengok keliling kot-kot ada yang ternampak ke . Alhamdulillah takde . Ingatkan duduk dekat situ ustaz tak perasan kewujudan saya , rupanya siap tanya soalan lagi . Alhamdulillah~ Lepas habis kelas saya tanya kawan "weh ji kamu ada dengar tak bunyi terhantuk ?" . "Kita dengar , tapi kita tak tahu sape . Kamu ke ?" . "Ha'ah kitalah" . Ceh dengan tak malunya mengaku . Saya insaf jugalah lepas kemalangan tu . Tapi sekejap je lah . SEKEJAP . Lepas tu , buat kerja yang sama . Memang ada penyakit ini .

Namun , saya benci bila terlelap waktu Math , Sejarah , Sirah , check jawapan , dan dictation / spelling . Sebabnya kalau math kena fokus betul-betul cikgu tunjuk . Nak ikut step dalam buku harapan jelah nak faham 100% . Sejarah pula cikgu kasi point-point yang perlu ditulis dalam buku PBS . Kiranya jawapanlah tu . Kalau tertidur nanti melepasss . Sirah sebab ustaz bagi makna . Tapi sekarang saya suruh abah tolong translatekan setiap kali balik kampung . Yeye , nanti kelas sirah boleh tidurr :3 Check jawapan ni memang tak boleh nak terlelap mahupun tidurlah . Nanti tersalah tanda naya kau izzah . Kalau tanya kawan takut dia geram . Hmm . Spelling/dictation lebih kurang sama macam check jawapan tu . Pandai-pandailah tadah telinga fokus dengar betul-betul .

Jadi , penyelesaian saya ialah :
1- minum air kosong yang sejuk .
2- suruh kawan urut (yang ni tak berkesan sangat sebab-sebab major semua pemalas bab-bab urut kawan ni)
3- bubuh minyak cakapak keliling mata . Heee , besttt . Terkelip-kelip mata kita :3
4- basuh muka pakai air kosong . Tapi kena ready lah kot-kot nanti kena sound "Siapa yang basahkan lantai niiii ???" . Lepas tu semua pandang saya . Amboi~
5- buat bunyi pelik-pelik tapi kena pelan sikitlah nanti cikgu dengar . Sekali kawan sebelah yang dengar habis kena sembur "Kau ni kenapa izzah ???" , "Izzah , Izzah sihat ?" , "Izzah , Izzah okey ?" . Wahai kawan , janganlah sarkastik sangat , kan .
6- buat aksi pelik-pelik seperti tumbuk-tumbuk atau four arm block atau back fist . Alang-alang belajar taekwando kan , apa salahnya buat . Lagipun cikgu zairol suruh aplikasikan . Well~

Monday, May 27, 2013

Aku Menangis Kerana Kucing

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Cerita yang aku nak taip ni , lebih kurang dalam bulan 5 tahun 2011 . Masa tu waktu petang . Aku tak pergi sekolah agama sebab waktu balik dari latihan kawad kaki adalah waktu petang . Mak aku keluar pergi ambil adik-adik . Abah pulak di sekolahnya . Tinggallah aku dengan adik kecik dekat rumah .

Aku terdengar bunyi kucing miau miau . Aku tengoklah dekat pintu rumah . Rupanya ada anak kucing mengendeng dekat situ . Aku pun saja nak nakal-nakal dengan kucing tu , aku ambil air & bedak selepas aku tutup pintu rumah . Makanan petang aku , semua dibawa ke ruang depan . Aku pergi semula ke pintu dengan air & bedak tu . Lepas itu , mulalah aku menjahat dekat kucing tu .

Aku siram haiwan tu dengan air . Dia lari dan datang semula dekat aku . Aku cubit sikit nugget aku , bagi dia jamah . Itu cuma kebaikan yang olok-olok ja . Aku letak bedak dekat badan dia , aku siram badan dia dengan air . Konon nak bagi wangilah tu ... Dia lari & datang semula . Aku bagi makanan . Lepas tu , aku keluar rumah cari kayu . Aku cucuk cucuk anggota badan dia . Konon nak jadi doktor haiwanlah... Aku pukul-pukul badan dia , tarik-tarik ekor dia . Pembuli haiwan . Dia miau kuat kuat .

Malam itu , abah aku nak keluar rumah pergi pasar . Dia pun gostankan-lah keretanya . And then , lepas kereta dia dah keluar dari garaj rumah , aku tengok dekat tempat parking kereta dia ada bangkai kucing yang baru mati . Rupanya kucing tu ialah , kucing yang aku buli petang tu . Aku masuk rumah , menangis depan pintu . Punyalah menyesal giler macam orang hilang pedoman . Akhirnya aku akur , kucing itu telah bertemu ajalnya dan menunggu aku di 'sana' :\

Moral : Jangan berlaku zalim terhadap haiwan . Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim .