Saturday, April 30, 2016
Curi Makanan
Ok tau dah lama tak update blog . Lama gila . Dekat setahun kot . Sebab takde apa nak heboh sangat . Tapi kali ni rasa macam nak update blog sebab adalah satu kejadian ni yang rare dan baru up tahun ni tapi tu pun tak ramai yang tahu . Dan semestinya Tuhan tahu .
Venue : Aspuri xxxxx
Kisahnya bermula macam ni ,
Masa tu kitorang lepak dekat dorm . Ada aku , ely , zaro , pain , farah & farisah . So time tu kitorang baru lepas senamrobik rasanya (tak pasti) . Then si ely ni mintak makanan aku sebab aku minta biskut Mark n Spencer dia . Specifically dia minta Mission Tortilla Chips Tomato Flavour . So aku pun pergila locker nak ambil makanan tu .
Bila nak ambik je mission tu aku perasan yang packaging dia dah terkoyak dekat bahagian belakang . Aku agak terkejutla . Bukan agak dah . Memang terkejut sangat . Sebab aku tak pernah sentuh pun makanan dekat bahagian bawah tu . Makanan yang aku selalu makan aku letak dekat storage box kelas prep .Time beli masa cuti bulan 3 tu , aku beli 6 bungkus so tinggal 5 lah kan termasuk yang terkoyak tu . Kira-kiranya dalam 5 minggu camtu aku baru makan satu bungkus . Jadi dekat sini boleh nampaklah yang aku ni jenis simpan simpan kira keeper camtulah .
Ok . Bila dah koyak camtu aku pun curiouslah . Pastu aku bawaklah tunjuk kat diorang . "Weh korang , dah terkoyak . Jap biar aku rasa ." LEMAU K . LEMAU . Padahal ada BAAANYAK chips dalam tu . Peh sakit hati tu Allah je yang tahu . 'Dia' makan sikit je lepas tu tak nak sepit biar lemau camtu je padahal bersusun penyepit aku susun tepi cermin so OBVIOUSLY orang yang ada akal & hati yang terang ni boleh nampak dan sepit mission aku tu . Dahla makanan favourite . Favourite flavour pulak tu (tomato) . Mahal pulak tu (RM7 lebih aku consider mahal la) .
So , konklusinye dekat sini , belum ade konklusi lagi sebab orangnya taknak mengaku . Cuma aku tak tahulah orang ni dengki ke apa dahla makan secara haram tak mintak izin , biarkan lemau pulak tu . Dia fikir aku beli guna air liur je ke ? Ikutkan hati nak je aku sumbat chips yang lemau tu dalam lubang hidung dia sekali dengan serbuk serbuknye . Tapi , aku masih waras lagilah .
Bila fikir balik dia ni bijak jugak sebab bukak packaging tu dari belakang . Tu pasal aku tak perasan sebab aku susun mission 5 bungkus tu semua manghadap ke depan . Diorang ada cakap gak maybe monyet yang curi mission aku tapi monyet mana yang pulas kunci locker dan bukak pintu locker yang agak ketat tu and bukak packaging neatly dan susun sebiji dengan cara aku susun sebelum tu . So kita nampak kat sini yang orang ni memang licik and pandai tapi kira bodoh gak lah sebab dia tak tahu ataupun tak sedar yang makan makanan tanpa izin tuannya tu haram . Dan bodoh sekali lagi sebab tak reti nak sepit packaging tu lepas bantai mission aku .
Actually kes curi makanan ni dari awal tahun lagi terjadi tapi aku tak sangka pulak yang aku pun jadi mangsa . So , apa pun aku harap orang yang curi makanan tu sedar , insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat . Aku taknak ramai lagi yang makanannya kena curi . Pleaselah , diorang beli guna duit mak bapak diorang kot . Kalau tak mampu sangat , mintaklah dekat kawan elok elok . Takpun mengadu dekat cikgu . Dan aku harap dia mengaku secepat mungkin sebab ada 'ganjaran' yang menanti dia . Mana boleh culprit lepas macam tu je . Especially dari orang macam aku ni .
Lastly , semoga Allah melindungi makanan aku , harta benda aku , orang-orang yang ada di sekeliling aku , dan apa saja yang Dia pinjamkan kepada aku sementara aku hidup dekat dunia ni . Aamiin .
Friday, June 5, 2015
Kucing
Aku bagi tajuk kucing tu bukanla atas dasar aku ni aktivis kucing ke ape kan cuma , saje nak share cerita pasal kucing ni sebab aku rasa macam ade iktibar .
Cerita 1 : Hilang Anak
Ada satu hari ni aku bangun awal (tapi setiap hari aku memang bangun awal pon) pastu siap siap turun kelas prep sebab nak buat preparation (dah nama pon preparation class) . Out of the blue , aku terdengar ade bunyi kucing , ceh takdela out of the blue mana pon . Dari bangun tidur dah dengar (kot) . Aku tanyela sorang ni , 'asal kucing tu bunyi je' ? Pastu dia kata kucing tu nak cari makanan tapi aku macam ade zhonla sebab dia berbunyik tak berhenti sampaila habis sekolah haritu ......sampai esoknya.......sampai esoknya.......dan........mungkin sampai harini (api rasanye tak sebab haritu dia dah start meroyan tak keluar bunyik) . Akhirnye zhon aku tu terbukti jugak betulnye iaitu anaknye hilang . Kesian dia tau . Kesian sangat . Cara dia lahirkan anak tu sadis tragis lagi
Cerita 2 : Selesema-FIV-Kudis-Mati
Kucing ni aku tak suka dia sebab aku geli tapi kesian dia ni . Warna dia hitam tapi ada kudis kat leher dan..... always berhingus . Ulang lagi sekali , ALWAYS BERHINGUS dan ALWAYS BERSIN . Dia pernah tau bersin kat selipar aku . Sedih T_T . Pastu aku pun dengan hati yang tak seberat lori pun pergila basuh kat tandas (nasib baik dm dengan tandas dekat) . Pastu dia ni menetap kat depan dm ni dah lama dah dengan catfriends dia yang lain . Mula mula dia takde kudis tau tapi hari berganti hari , bulan berganti bulan tiba tiba kitorang nampak ada kudis kat leher dia . Geli tau . Tapi kesian . Pastu sembuh balik kudis tu . Pastu ada balik . Hah nampak tak permainan dia (permainan apepon aku tak tau) . Pastu aku assume dia ni ada AIDS lah sebab aku terbaca kat infiniti yang kucing pon ade AIDS tapi istilah dia FIVla (Feline Immunodeficiency Virus) . Dia adelah simptom simptomnye tu sebab aku assume dia camtu . Tapi tu just wild assumption je ; aku bukan vet pon . Klimaksnye , pada suatu malam yang hening (krik krik , krik krik) ceh takdelah hening mana . Riuh kot sebab semua tengah beratur nak masuk dm . Aku yang on the way tetiba ternampak ade kecoh kecoh . Rupanya kucing tu dah mati . Allah sampaikan dia dekat ajal yang telah ditetapkan . Tapi yang jadi asbabnye ialah kudisnye tu . Kudis kan jijik en sifat dia pastu ramaila lalat yang tergoda pastu hinggap kat kudis dia pastu tinggalkan atsar (kesan) iaitu telurnye . Lepastu telurnye tu menetas dan lahirla ulat ulat yang
Moral of the stories :
1) Kasih sayang seorang ibu tak terperi . Kucing pon tak sanggup hilang anak sampai meroyan-royan . Ni manusia campak sana sini , buang sana sini , kerat sepuluhlah seribulah bagai . Malulah kita dengan HAIWAN yang takde akal tu .
2) Anak tu milik Allah . Apa yang kita ada semua milik Allah . Hatta mak bapak kita pun bukan kita punya sebenarnye . Allah punya .
3) Jangan salahkan makhluk lain kalau tak khusyuk ibadah .
4) Elakkan percaya dan buat wild assumption .
5) Segala yang bernyawa pasti akan mati .
6) Sayangilah kucing . Haha .
Thursday, January 1, 2015
PT3
Yeah ssup everyone ceh ajet je greeting hipster puih haha . Based on tajuk u guys taulah kan aku nak brag pasal PT3 ni . Kehkeh . Tapi don't worry aku takdelah nak brag memanjang . Adalah tips sikit sikit .
Sebelum Exam
Tbh , aku memang tak prepare sangat ah untuk PT3 ni . Nak tau sebab ape ? Mula mula kata takde exam (time form 1) , lepas tu kata PBSMR (time form 2) , and then kata PT3 pulak (time form 3) . Lepastu adalah rumors kata yang exam PT3 tu berkisar silibus form 3 je padahal yang masuk semua silibus dari form 1 - form 3 + KBAT . Aku tak tahulah memang pakej hotmeal ke cane ? Lepas dah dapat tau semua benda tu aku cam 'ish pehal tahpape sangat do' . Mind u guys , aku ni jenis kalau benda dah complicated sangat , aku malas nak layan , malas nak cope dah . Serious talk , aku memang takde ah study struggle sangat .Still tido dalam kelas , weekend kat hostel tido memanjang . Heaven weh . 4 bulan sebelum exam pulaknye baru dapat actual format , aku memang dah give up awal awal dahla . Aku memang senang give up , even banyak kali aku baca quote 'never give up , never give up' haha . And then aku tengok semua struggle . Cecikgu semua bagi latihan gile gile . Kelas tambahan gile gile . Memang gile ah aku . Aku pun study ah sikit sikit . Haha . Terpakse punya pasal . Tengok diorang ni sibuk study memang aku tak sedap bontot nak duduk . Kang semua berjaya aku je yang loser . Humiliated tau wak haha . Pastu baca yaasiin pas maghrib . Selalunya ngaji jadid je . Pastu mintak restu semua orang . Tak suka sebenarnye benda benda mintak maap mintak restu camni . Haha .
Semasa Exam
Wow gile nervous sia serius aku cakap . Walaupun aku tak kisah , tapi rase competitive tu still ade tau . Lainla kalau dakdak ni semua watcool watpis aku pun join ah jadi super cool . Malam sebelum examla baru aku terhegeh-hegeh nak salin nota quick review dengan harapan esok sempat baca puih haha . Lepastu beberapa minit sebelum masuk dewan pulak baru nak ingat balik semua formula maths lel . Time maths memang aku gelabah gilelah (tapi dekat banner aku nampak cam dak supercool bebajet genius pegang kalkulator) . Dengan tak ingat formulanye (last minute hafal punya pasal) , tak cukup maselah , nak fahamkan soalan yang ayat punya belit kemain , memang HAVOC . I mean , havoc dalaman diri aku . Aku nak pass kertas jawapan pun half hearted je . Haha . And then english pulak aku punyelah mangat & confident (inspired by ujian yang selalu english aku A & pernah dapat chocoletto maybe) sekali turned out yang aku tak include 2 point tambahan untuk essay . Pastu diorang cakap kalau tak ikut arahan nanti potong 20 markah . Nanges kot aku dekat kantin tu dengan bihun sup yang hot n spicy nye memang ah valuable betul tangisan aku .
Selepas Exam
Aku surrender . Memang tawakkal habes ah aku . Takleh nak watpe dah . Aku pun malas nak berharap straigt A's sangat (walaupun aku ada tulis/mention nak 11A . Well , tu sebelum & semasa exam) . Lepas exam & sedar kesilapan aku banyak , aku dah putus harapan dah . Kekadang hati aku ni kuassam gak nak straight A's tapi ku pujuk jua agar terima dengan hati terbuka yang aku takkan dapatnye 11A tu . And then , time hari ambik result ! Aku taknak pon pergi sekolah ambik result tapi disebabkan ada barang tertinggal jadi terpaksalah pergi . Dapatla merasa lalu highway pagi berkabus . Heavening jugaklah moment camtu . Then dah sampai sekolah mak aku nak pergi ladies & dia suruh aku pergi dulu . K nervous siot . Pastu ustazah tanya "Kamu rasa kamu dapat berapa ?" . Aku jawab "5 cukuplah ustazah ." Haha . Memang humble gile ah aku do haha . Pastu ustazah cakap "Hish manade . Kamu terer ." Aku senyum sheepishly je ngeng haha padahal dalam hati cakap 'eleh ustazah takyah nak buat sedap hati sangatlah' (cam kuaja je . em) Sambil tunggu mak aku tu borak borakla sikit dengan ustazah pastu jejeling tcher kat sebelah . Memang saje aku taknak ambik tau result dulu . Takut kecewa punya pasal . Lagipun ustazah suruh tunggu mak aku dulu . Baru best katanye . Time mak aku datang barulah aku rasa tenang sikit nak ambik tau result . Maybe ade intuition hati mak aku kot tu yang tenang sikit tu haha . Jeng jeng ! I got 10/11 of A's . Aku cam terkejut gile bapak . Maths & English A pulak tu ! Serius aku tak percaya . Dah ah jawab exam cam sawanbabi . Apapun , alhamdulillah . Maybe ni atas doa orang lain , terutama parents . Nak harap usaha sendiri memang aku rasa dalam 5% je kot . Anyway jazakumullahu khairan katsiran . So , tips ?
Tips
1. Play cool . Never get nervous . Watlek watcool watpis .
2. Fokus dalam kelas .
3. Jangan buang masa banyak sangat . Sikit sikit takpelah . Haha .
4. Letak sepenuh kepercayaan dekat Allah . Rezeki kat tangan Allah .
5. Banyakkan ibadah .
6. Do good to people .
7. Bismillah , masuk exam hall dengan kaki kanan .
8. Time tengah jawab (tak kisah sebelum/selepas) tulis 'انا فتحنا لك فتحا مبينا' dekat kertas soalan . Kalau sempat tulis kat semua halaman . (Kalau tak sure macam mana eja / macam mana nak buat boleh tanya kepada yang lebih arif) .
9. Baca doa bebanyak .
10. Selawat kalau lupa .
11. Tawakkallah kepada Allah ! :)
12. Banyakkan berfikir aras tinggi . KPM dah tak pandang dakdak yang cetek akal . Sad to say , but that's the real situation .
Ni sekadar tips je . Aku bukan buat semua pon . Haha . Yang nombor 2 tu lagilah . Padahal aku tido je dalam kelas . Nombor 6 tu pon bukannye aku buat hahaha . Tapi nilah the least yang aku boleh bagi untuk junior tahun depan yang nak ambik PT3 (or any other exams also will do w/ these tips) . Bittaufiq wannajah !
So yeah , ingatkan nak belanja satu dua gambar tapi tak boleh due to technical problem . Mind u guys aku update guna tab . Tu yang banyak songeh sikit . Haha . Kejap sebelum aku habiskan update , ada satu lagi benda aku nak share .
MITIB'S PT3'S RESULT (OVERALL)
11A - 4
10A - 7
9A - 11
8A - 14
7A - 8
6A - 9
5A - 4
LULUS : 100%
Yeah APPLAUSE EVERYONE !!!
[Mabruk to u guys ! You did with all your best !] Cc : 5th batch MITIB .
Ok dah tu je nak share sebenarnye . haha . Well then , wassalam :) *Happy New Year Masihi*
Saturday, November 29, 2014
Cermin Mata
So guys aku bukan nak cakap pasal cermin mata aku baru beli ke tau adik aku pijak patah ke bukan eh . Ceritanya tadi aku baru teman mak aku beli cermin mata baru dia sebab patah hah pastu tetiba teringat nak buat entri ni . Nowadays , bilangan orang rabun makin menigkat k tu semua orang tahu . Same goes to dakdak sekolah aku . Pastu semua cam excited plak rabun .
"We aku rabun ah .""Bapak aku kata nak pergi buat spek hari sekian sekian sekian .""We , tengok spek baru aku ni bla bla bla ..."K tu antara ayat ayat excited . Pastu lama lama kurang pulak orang pakai spek so aku cam pelik ah . Pastu ada yang pakai time kelas je . Ada yang time ada gathering dengan banin tanggal spek . So aku cam korang ni pehal ?
"Aku nak jaga pandangan ah .""Tudung aku tak bajet ah nanti .""Rimas ah .""Rambut keluar keluar ah ."Itulah alasan yang klise , common , dan stereotype . Sebenarnye , diorang tak cakap pun korang tahu . Actual Excusenye ialah :
"Buruklah aku pakai spek .""Nanti tak lawalah kalau aku pakai spek ."Heh , come onlah . Korang first first excited nak pakai sampai aku pun naik heran apesallah korang nak sangat pakai spek pikir best ke ? Rimas adalah . Pastu last last tak pakai . Simpan . Pakai kadang kadang . Buat bazir duit mak bapak je . Aku dah banyak kali cakap apa jadi kalau buka-pakai buka-pakai spek tapi diorang apa kisah . Pikir aku dengki sangat ke ?
Jaga pandangan sangat lah kan . Padahal time nampak crush bukan main kecik kecikkan mata (squint) sebab nak nampak clear view . Siapa yang betul betul jaga pandangan tu , teruskanlah . Yang ni aku cakap bagi orang yang jadikan ghaddul basar ni sebagai alasan je . Then aku pakai tudung elok je (tapi kadang kadang karipap gak) . Adalah jugak rambut tu keluar tapi tak banyak dan tak selalu . Ye , rimas tu memang aku tak nafikan tapi bila kau dah gotten used dengan pakai spek kau akan rasa biasa je . Sesiapa yang tak pakai spek rasa lawa tu , meh sini aku bagitau . Orang lawa , pakai apa pun lawa hatta cermin mata bulat tu pun . So , kalau kau pakai spek tak lawa , kau rasa kalau kau tak pakai pun lawa ke ? Sorry to saylah , tapi alasan tak lawa ni paling pathetic k . Aku admit dulu time aku primary sch memang aku buka-pakai sebab ni . Sedih , kan ? Hahaha . So aku pikir lawa sangatla kalau tak pakai spek rupanya sama je . Tetap hodoh . 'Tapi ciptaan Allah semua lawa .' Hahah ok fine . Maksud aku , lawa pada pandangan manusia , specifically diri aku sendiri . Pastu aku sedar yang power aku ni makin meningkat . Ye , sebab aku selalu tanggal tanggal spek . Yeah aku insaf time form one tapi adalah saki baki perangai tu lagi . Tapi sekarang memang aku 24/7 pakai tapi time tidur tak pakai ah kang tak pasal pasal hancur .
Percaya ah , kalau korang buka-pakai makin lama power makin naik . Kesian kat mata tu . Jangan abaikan kesihatan & keselesaan sendiri sebab pikir nak lawa je . Lagi satu , bila kes buka-pakai ni , letak rata rata pastu hilang / rosak and then mintak parents belikan yang baru padahal kau tak pakai pun . Membazir je lebih . So , aku cakap ni berdasarkan pengalaman bukan dengki ke apa do . Suka hatilah nak ikut ke taknak tapi satu je pesan aku .
'Jangan menyesal bila kanta spek kau makin tebal .'
Friday, September 19, 2014
Kain Dalam vs Tracksuit
Assalamualaikum .
Ok guys im gonna talk about kain dalam ke seluar , mana lagi elok ? Tbh , aku suka pakai tracksuit . Dalam kain pun pakai tracksuit . Tak kesahla kain sekolah ke skirt ke tetap tracksuit . So , adalah satu hari ni kan , aku jalan jalan dekat lobi depan dewan , depan pintu foyer , jadi tersebutlah kisah hari tu matahari bersinar dengan penuh ceria . Kain sekolah aku ni jarang walaupun nampak tak jarang tapi hakikatnya jarang . Hah sudah apa aku cakap ni . K , so bila kita berdiri dekat tempat terang kan nampak yang dalam kain. Kan kan ? Aku berdiri kat situ , lepas tu tetiba ada sorang ustazah ni kata "awak pakai kain dalam tak ?' Aku jawab ah tak since aku pakai tracksuit . Pastu dia kata 'nampak tiang .' Aku cam dumbfounded . Ye ah aku pakai tracksuit of courselah nampak tiang kaki an . Takkan nampak rata je pelik ah kan .
Kenapa pakai seluar ?
Sebab selesa .
Sebab tak nampak kaki yang sebenar (bukan tiang) .
Sebab rasa bebas .
Kenapa pakai kain dalam ?
Sebab tak nampak tiang .
Sebab buat orang lebih sopan .
Sebab selesa .
Sebab sebab tu aku dapat daripada aku buat review dekat facebook . Ceh padahal tanya kawan je . Tu jelah sebab yang aku dapat . Taktaulah pandangan orang lain macam mana kan . Aku still pakai tracksuit even ustazah tu tegur . Klah , terima kasihlah kan tegur , tapi aku ada pegangan sendiri . Aku selalu nampak dakdak perempuan jalan , naik tangga ke naik bendul then kain terselak nampak kaki . At least pakai seluar boleh prevent daripada nampak kaki . Nampak tiang ? Kau kalau pakai seluar masa main ke bersukan pun tiang gak . Takkan pakai kain kot nak bersukan . Ada je yang pakai kain dalam still nampak tiang . Maybe dia takut menggelebeh kot so dia pakai atas atas -,- . Pastu adalah sorang kawan aku ni , dia kata dia pakai seluar + kain . Ok sukahati dialah (padahal dia pakai kain je haha shh) maybe dia ni jenis yang tahan panas kot . Aku ni mana tahan , panas sikit dah berpeluh . Pastu dakdak sekolah aku ni ada jenis yang suka pakai kain baju kurung kat dalam (ok ni memang aku tak tahan) so faham faham jelah kan kain baju kurungnya sama besar dengan kain baju sekolah jadi menggelebehla kain tu . Lagi lagi kat kelas . Kadang kadang nampaklah kain bunga bunga ke warna striking ke haih aku pun tak faham . Pastu kat kelas (lagi) kalau duduk kan kainnya terangkat sebab .... err taktau nak explain camne . Jadi RAMAILAH geng geng pakai kain dalam ni duduk then nampak kaki . Stokin pendek kan . Tapi ada sorang kawan aku ni dia pakai stoking panjang (dia ni tauke stoking) . Kira bagusla . Aku duduk dalam kelas pun selalulah nampak seluar menggelebeh . Tak pun , time tengah jalan jalan ke memang fail lah nampak seluar gelebeh . Tapi its ok since orang selalu cakap nampak tiang ah apelah kan so gelebeh tu jadi prove ah aku pakai tracksuit . Tapi nampak selekeh lah . Haha .
P/s : jangan pakai legging sebab tu memang betul betul nampak bentuk kaki k . One more , sesiapa hostelians yang tidur lasak TOLONGLAH pakai seluar . Mana tau kan korang bangun lambat then kawan yang bangun awal tu nampak something illegal . Yaitu kain terselak sampai peha lah , yang paling rare nampak pender . Beware eh .
Wassalam .
Isu K-Pop
Assalamualaikum .
Annyeonghaseyo .
Ceh bajet greeting korea puih . So , aku baru lepas argue pasal kpop ni . We tweeted somethings about kpop and then out of the blue someone came out with 'apa budak budak ni korea tak habis habis . I hate' . Aku bukannye nak ungkit benda yang dah lepas since aku berpegang pada bygones be bygones . Ahaks poyo jahh . Tapi aku nak cakap somethinglah since orang selalu bangkitkan isu ni so telinga aku cam dah bernanah ah dengar .
Semua orang ada minat tersendiri . Aku minat kpop , so what ? Kau pun ada minat something ke someone kan like ariana grande or chrissy costanza or bruno mars or who/whatsoever . So dont botherlah . Orang hormat minat kau , apa alasan kau untuk tak hormat minat orang lain ? Aku minat kpop tapi its not like 24/7 aku tweet aku spazz pasal kpop dow . Aku bukan minat kpop je . Banyak lagi benda aku minat . Aku fleksibel dow . Kau nak borak dengan aku pasal drama melayu ke novel melayu ke one direction ke justin bieber ke aku boleh je . Even nasyid pun aku minat . Selalu je kitorang buat konsert amal nyanyi lagu nasyid dalam dorm . See ? Its not like aku 24 jam kpop macam aku cakap tadi . Sekpop kpop aku , aku takkan panggil diorang oppa . Euw pleaselah im not getting down my pride okay ? Just minat minat camtu , tengok drama then dengar lagu lepastu throw compliments like 'omg sehun is so handsome' or 'kim hyun joong is really a d-d-g' . Takkan tu pun salah kot . Kau macam tak pernah tengok drama or dengar lagu or throw compliments . Tak kesahlah kan melayu ke english ke thailand ke yang penting kau minat . Again , sekpop kpop aku , aku takdelah sampai nak diorang jadi boyfriend or suami ke hape kan ? Aku sedarlah diri aku ni dow . Tak semua orang minat kpop on the same level . Ade yang minat gila gila sampai jadi sasaeng . Teruk sangat tu . And , i have none of their merchandise . So what ? Kau still nak kata yang aku ni tak habis habis korea ? Oh one more kau kata tak minat korea tapi kau tengok runningman , kau addict runningman ? Lol , kau fikir diorang tu hindustan ke hape ? Diorang tu still korea lah kamu . Adui .
'Kau ni asyik tweet korea je .'
Just a few minutes before aku tweet jb .
'Kau ni fanatik sangat sampai taruk dp korea pehal ?'
A few months ago aku taruk gambar januzaj .
A few weeks ago aku taruk gambar duit .
A few days ago aku taruk gambar aku .
Lastly , tolonglah hormat orang lain punya minat sebagaimana orang lain hormat minat kau . Unlesslah kalau orang tu tak hormat , kau bolehlah argue dengan dia . Deal , k ? So please no more argue over one's interest . I just ... hate it . Well then , wassalam .
p/s , jangan baca entri secara beremosi . Just relax , and stay cool xoxo .
Sunday, September 14, 2014
Tidur
Assalamu'alaikum .
Aku rasa cam buat comeback pulak setelah berbulan bulan tak update . Ceh poyo .
Guess what ? Aku bukan nak cerita pasal tidur malam ke manfaat tidur ke apa ke kan . Tapi , ni ah aku nak cakap pasal tidur dalam kelas . Terlintasnye desire nak tulis pasal tidur dalam kelas ni sebab aku dah tak tahan dengar orang asyik bangkitkan isu ni je . Baik cikgu mahupun students classmates .
Cikgu .
1) "Kamu ni asyik tidur je ! Malam tadi tidur pukul berapa ?!"
2) "Kamu tak makan suplemen apa apa ke ?"
3) "Kamu ni malas bersenamlah . Sebab tu asyik ngantuk je ."
4) "Kamu ni kurang minum air ni . Kalau ngantuk minumlah ."
Students [Classmates] .
1) "Eee engkau ni asyik tidoooo je ."
2)" Engkau tak malu ke asyik tidooo je dalam kelas ?"
3) "Sekarang ni budaya tido dalam kelas makin menjadi jadi do ."
4) *gelakkan orang tidur sengguk sengguk*
5) "Weh , 'good morning' ."
People , pleaselah stop assuming . Tahu tak betapa aku taknak tidur dalam kelas ? Mehla aku cerita sikit background 'habit' aku ni . Aku start tidur dalam kelas since first day darjah satu . Mengarut tak mengarut tulah kejadahnya . Aku dah cuba dah taknak tidur dalam kelas . Apa aku buat ? Aku tidur sebelum pukul 12 . Tu kira awallah . Ada yang stay up sampai pukul berapa tah . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Aku yang tidur kira-awallah ni . Second , aku makan suplemen . Madu kott . Makanan sunnah . Kismis . Air 30 juz . Ada yang tak makan apa apa . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Third , apa aku buat ? Aku pernahlah pumping sebelum tidur dulu , beberapa bulan yang lepas . Kot . Nak senam petang memang haram jadahlah sempatnye . Ada yang tak senam langsung . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Forth , aku minum air weh . Siap bawak botol besar . Ada yang tak bawak . Sebab diorang tak ngantuk . Aku ni dah minum pun ngantuk gak .
Sekurang kurangnya aku ikhlaslah sikit sebab aku tersengguk sengguk . Bukan letak kepala atas meja . Tu namanya kurang diajar . Siapa kata aku tak malu do ? Digelakkanlah , diperlilah . Tbh lah kan , aku tak tahan do korang buat aku camtu . Sometimes korang pun tidur gak . Lain kali sebelum nak hodoh hodohkan orang cermin diri sendiri dulu lah eh . Tidur bukan budaya beb . Ngantuk tu disebabkan sistem badan . Kita takleh nak kawal [kot] . Harap dapat bezakanlah ye .
Lastly , TOLONGLAH faham . Tak semua yang tidur tu atas kerelaan sendiri . Maybe diorang dah cuba sedaya upaya , tapi apakan daya ? Korang tak nampak effort diorang . And then nak assume diorang . What the fish ? Maybe ada yang ada penyakit ke ? Siapa tahu kan ? Pleaselah jangan judge orang . Jangan assume orang . Semua orang ada flaws masing masing k . Ada sorang senior aku ni . Spesis cam aku gaklah tidur dalam kelas . Dia kata : "dari dulu aku akak asyik didoakan dengan '___ asyik tidur je .' Sampai sekarang akak still tidur dalam kelas " . Renung renungkanlah . Wassalam .
Thursday, November 21, 2013
Pasca Ujian Tahfiz
Dengan nama Allah ar-Rahim , aku menulis .
_____________________
@Kelas Tasmik ; waktu tengahari ,,,
"Fathi , Ush Redha panggil ." kata Pip .
"Huh , pehal ?" kata aku .
"Ujian Tahfiz ." kata Hanis .
"What the ...??? Serius ?" tanya aku .
"Yelah . Pergi ah jumpa dia ." kata Pip dengan nada malas malas .
____________________
@Pusat Sumber ; waktu tengahari ,,,
"Kamu masuk ujian tahfiz ye ? Bolehlah..." Ush pujuk .
"Tapi , ustazah , saya takut ..." *muka tak boleh blah*
"Alah , takpe , cuba je . Kamu kan dah pernah masuk Isbat 1-10 , takkan tak boleh ?" Ush psiko .
"Ermm... oklah . Saya cuba aje ye . Kalau kalah , takpe eh ." *sengih sengih*
"Takpe , baru tahun pertama . Ambil pengalaman dulu , nanti tahun depan buat betul-betul ." Ush bagi motivasi .
"Hmm kk ." aku jawab acuh tak acuh .
____________________
@Pondok Telefon ; waktu tengahari ,,,
"Helo assalamualaikum ma , orang masuk ujian tahfiz ni . Ustazah suruh ." tepon mak .
"Oh ye ke ? Bila ?" mak jawab pendek je .
"27 November kat Masjid KKB tu . Takut ah . Cane ni ?" balas anak sulung yang gedik tahap cimpanzi .
"Ngulanglah . Tidur je mana nak ingat quran tu ." mak serang . Macam tau tau je apa aku buat dekat hostel .
"Tapi kalau dah ngulang tak ingat jugak cane tu ? Haih serabut serabut ." aku menggedik lagi sekali .
"Ingat tak ingat tu kan Allah yang bagi , kalau kau jauh dari Allah , cane Allah nak bagi . Kau kenalah rajin-rajin mintak . Bangun malam . Tapi kau memanglah bangun malam . Bangun malam jadi burung hantu , online memanjang . Cubalah tahajjud ." mak bagi pedoman . K , trimas mak .
"Hmm kk . Assalamualaikum bye . Jangan lupa cakap kat abah orang balik Jumaat ni . K ."
"Waalaikumussalam ."
____________________
@Musolla Jami' Mukhlasin ; waktu senja nak dekat Maghrib ,,,
"Kak Fina , nak kacau kejap boleh ?"
"Emm , ok ."
"Kak Fina ceritakan sikit pengalaman akak masuk ujian tahfiz ."
"Akak start masuk masa tingkatan 3 , bla bla bla ........" *aku tak ingat sangat kak fina cakap apa pengalaman dia*
"Macam mana akak boleh sampai jadi johan peringkat kebangsaan ?" soal aku dengan perasaan nak tahu yang membuak-buak .
"Rajin ulanglah . Semakin besar harapan kita , semakin banyak yang kita kena korbankan . Contohnya tidur , hiburan dan wtvr . Kalau tengok orang tengah sembang gelak-gelak , kita sabar je . Ngulang je . Jangan sampai tergoda ." eceyceyy kak fina bagi nasihat .
"Habistu an , kalau kita dah pulun ngulang sampai nak mati pun tak ingat jugak , cane ?" aku asyik tanya soalan ni je . FAQ :)
"K , camnilah , lepas ulang tu , kamu tawakkal je . Lepas dah habis ikhtiar betul-betul , baru kamu tawakkal k . Lagi satu , kamu kena tajdid niat . Masuk UT ni untuk apa ?" Kak Fina keluarkan soalan .
"Oh , tu , ustaz Redzuan pernah cakap , kalau ada program camni , kena masuk . Sebab benda nilah yang buat kita banyak ngulang . Jadi , masuk UT untuk ngulang ye ?" aku tanya balik .
"Ye ,, masuk UT kerana Allah dan untuk banyakkan ulang ."
"Terima kasih kak Fina . Sorry ganggu . Hihi ." *buat muka comel #lahsangat -,-*
____________________
@Musolla Jami' Muhsinin ; waktu Maghrib ,,,
"Kak Hajar , nak tanya ,, boleh tak ? Hihi ." aku tanya dekat kakak dorm kesayangan pulak .
"Tanyalah , apa dia ?" jawab kak hajar dengan lembut omei omei nyaa .
"Kak Hajar pernah masuk UT kan ? Biasanya soalan satu , antara juz berapa sehingga juz berapa ?"
"Emm , tak pastilah ,, yang penting ulanglah ." jawapan ni sangat tak memuaskan hati aku . K takpe , takpe .
"Kalau kita ulang , tapi tak ingat-ingat juga . Cane ?" kan aku dah cakap , soalan ni soalan FAQ .
"Jangan putus asa . Ulang lagi ."
"Kalau kita ulang , tapi tak dapat jawab cane ?"
"Ingatlah , Allah tak zalimi hamba=Nya ." tenang weh tenang dengar jawapan kak hajar omei omei .
"Kalau kak hajar tak dapat jawab , malu tak ?" aku nak tau perasaan kak hajar konon konon nak rilekla kalau tak dapat jawab .
"Kalau tak dapat jawab , memanglah malu . Bukan malu dekat manusia , malu dekat ALLAH ." Peh peh ni lagi sentap daripada heart attack k .
"Ok kak hajar , terima kasih ."
Tiba-tiba , air mata keluar . Ceycey , aku memang ciwek k . Malu kut jumpa kak hajar sebab aku nangis depan dia T____T Entah tak tahulah pehal part jumpa kak hajar ni aku boleh nangis .
____________________
@Musolla Jami' Mukhlasin ; waktu lepas Maghrib ,,,
"Fathi , semalam kita jumpa kak beel ,, kak beel cakap , masuk UT bukan untuk cari pengalaman , tapi untuk cari kejayaan ." kata Izzah@Ikan nemo
Serentak ; kami berdua sengih lebar-lebar , sebab , motif kami memang nak cari pengalaman .
Tiba-tiba ,,,
"Fathi , Go Diego Go !!!" Naji datang dengan kata kata semangat diego pffffft -;-
"Mende do kau Naji , aku bukan diegolah ,,==' . Takpelah , papepun , thanks Naji ."
Kami sama-sama gelak . Ukhuwwah Fillah k .
_____________________
Khulasahnya di sini , bagi sesiapa yang menghafaz al-Quran , wajib baginya mengulang hafazannya . Bukan time time nak pertandingan / periksa je , EVERYTIME k . Oh , di kesempatan ini juga , saya ingin meminta jasa daripada sesiapa yang baik , tolong doakan kejayaan saya time pertandingan tu nanti . Tak menang pun takpelah , asal dapat jawab T__T hihi . Kthanks .
Wallahu a'lam...
Thursday, July 25, 2013
Review #Rasulullah is My Doctor

Sunday, July 14, 2013
Perjuangan Yang Dipersiakan
'Wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang itu adalah lebih mulia -Saidatina Aisyah"Saya cuba untuk tidak memandang dan tidak dipandang . Saya cuba untuk menjaga ikhtilat . Saya berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan ajnabi kecuali hal yang penting . Saya cuba untuk menjaga tingkahlaku . Saya cuba untuk menjadi muslimah yang disegani . Ini kerana tingginya nilai seorang wanita . Wanita yang mahal , takkan semudahnya mengucapkan "hai" atau kata-kata lain pada seorang ajnabi . Wanita yang tinggi nilainya takkan semudahnya melemparkan 'pandangan murah' terhadap ajnabi kerana dari mata itulah yang turun ke hati . Wanita yang tidak murah takkan melakukan perkara yang dapat menarik perhatian ajnabi , atau kata lainnya 'mencapub' . Dan wanita yang terbaik adalah wanita yang tidak dipandang atau istilah terhormatnya , wanita yang disegani . Apabila lalunya seorang wanita di suatu tempat yang ada ajnabi , serta merta pandangan keduanya ditundukkan atas rasa malu yang dimiliki . Sikap ini juga seiring dengan firman Allah dalam surah an-Nur tentang ayat menundukkan pandangan .
Saya mengambil inspirasi daripada satu part di dalam kisah Saidatina Aisyah RA difitnah . Ketika itu Aisyah telah tertinggal daripada pasukan perang yang lain . Kemudian , beliau duduk di satu tempat menunggu jika ada baki tentera yang tertinggal . Maka , datanglah Safwan menolong beliau . Mereka pulang bersama . Safwan berjalan di hadapan . Sepanjang perjalanan itu , Safwan tidak langsung mencuri pandang atau lain-lain . Ini menunjukkan wanita zaman dahulu adalah disegani . Saya amat kagum dengan tokoh-tokoh wanita zaman Rasulullah terutama saidatina Aisyah . Semoga saya dapat menjadi seperti beliau dalam masa terdekat ni sampai bila-bila . In sha Allah . Aamiin :)
Bila terasa digoda syaitan, saya sematkan dalam diri "Ingat perjuangan Rasulullah dalam menaikkan martabat kau sebagai seorang perempuan . Jangan dipersiakan . Lau kana bainana el-habib."Sekian , luahan hati seorang Izzah . Harap ada perubahan yang berlaku . In sha Allah :')
Friday, June 28, 2013
Terhantuk semasa tidur yang membawa keinsafan
| "Simbolik bagi saya . Hihi 'banyak belajar'lah katakan~" |
Pernah sekali saya tidur bersandar atas kerusi kemudian badan mula condong dan akhirnya nasib baik tak terjatuh ke tepi . Sempat jugalah saraf bekerja . Masa dengar ceramah lagilahh . Hamboi , kemain syatonirrajim tu dengki sangat dengan saya sampai buat saya tersengguk-sengguk . Bergayut-gayutan di kelopak mata saya . Amboi , ingat kita ni palang gayut hape . Tapi , yang kesiannya orang depanlah sebab saya asik tersengguk-sengguk sampai terhantuk beberapa kali dekat badan orang depan . Dia sakit , saya malu .
Suatu petang , ada kelas BAA dengan ustaz Jenal . Waktu tu memang saya set nak tidur . Jadi , saya memilih tempat yang agak memang strategik untuk tidur iaitu di bahagian belakang sekali tepi dinding . Saya duduk atas kerusi tanpa meja kerana meja memang special edition dekat bilik tayang dua . Saya duduk jarak sikit dengan dinding . Start je ustaz cakap , saya terus tutup mata sambil pegang pensel . 10 minit kemudian.... "Dumm !! Tik !" . Dengan tidak semena-menanya saya terhantuk dekat dinding . Serentak dengan itu , pensel pula jatuh . Uish , terus segar . Bangun je , terus tengok keliling kot-kot ada yang ternampak ke . Alhamdulillah takde . Ingatkan duduk dekat situ ustaz tak perasan kewujudan saya , rupanya siap tanya soalan lagi . Alhamdulillah~ Lepas habis kelas saya tanya kawan "weh ji kamu ada dengar tak bunyi terhantuk ?" . "Kita dengar , tapi kita tak tahu sape . Kamu ke ?" . "Ha'ah kitalah" . Ceh dengan tak malunya mengaku . Saya insaf jugalah lepas kemalangan tu . Tapi sekejap je lah . SEKEJAP . Lepas tu , buat kerja yang sama . Memang ada penyakit ini .
Namun , saya benci bila terlelap waktu Math , Sejarah , Sirah , check jawapan , dan dictation / spelling . Sebabnya kalau math kena fokus betul-betul cikgu tunjuk . Nak ikut step dalam buku harapan jelah nak faham 100% . Sejarah pula cikgu kasi point-point yang perlu ditulis dalam buku PBS . Kiranya jawapanlah tu . Kalau tertidur nanti melepasss . Sirah sebab ustaz bagi makna . Tapi sekarang saya suruh abah tolong translatekan setiap kali balik kampung . Yeye , nanti kelas sirah boleh tidurr :3 Check jawapan ni memang tak boleh nak terlelap mahupun tidurlah . Nanti tersalah tanda naya kau izzah . Kalau tanya kawan takut dia geram . Hmm . Spelling/dictation lebih kurang sama macam check jawapan tu . Pandai-pandailah tadah telinga fokus dengar betul-betul .
Jadi , penyelesaian saya ialah :
1- minum air kosong yang sejuk .
2- suruh kawan urut (yang ni tak berkesan sangat sebab-sebab major semua pemalas bab-bab urut kawan ni)
3- bubuh minyak cakapak keliling mata . Heee , besttt . Terkelip-kelip mata kita :3
4- basuh muka pakai air kosong . Tapi kena ready lah kot-kot nanti kena sound "Siapa yang basahkan lantai niiii ???" . Lepas tu semua pandang saya . Amboi~
5- buat bunyi pelik-pelik tapi kena pelan sikitlah nanti cikgu dengar . Sekali kawan sebelah yang dengar habis kena sembur "Kau ni kenapa izzah ???" , "Izzah , Izzah sihat ?" , "Izzah , Izzah okey ?" . Wahai kawan , janganlah sarkastik sangat , kan .
6- buat aksi pelik-pelik seperti tumbuk-tumbuk atau four arm block atau back fist . Alang-alang belajar taekwando kan , apa salahnya buat . Lagipun cikgu zairol suruh aplikasikan . Well~
Monday, May 27, 2013
Aku Menangis Kerana Kucing
Cerita yang aku nak taip ni , lebih kurang dalam bulan 5 tahun 2011 . Masa tu waktu petang . Aku tak pergi sekolah agama sebab waktu balik dari latihan kawad kaki adalah waktu petang . Mak aku keluar pergi ambil adik-adik . Abah pulak di sekolahnya . Tinggallah aku dengan adik kecik dekat rumah .
Aku terdengar bunyi kucing miau miau . Aku tengoklah dekat pintu rumah . Rupanya ada anak kucing mengendeng dekat situ . Aku pun saja nak nakal-nakal dengan kucing tu , aku ambil air & bedak selepas aku tutup pintu rumah . Makanan petang aku , semua dibawa ke ruang depan . Aku pergi semula ke pintu dengan air & bedak tu . Lepas itu , mulalah aku menjahat dekat kucing tu .
Aku siram haiwan tu dengan air . Dia lari dan datang semula dekat aku . Aku cubit sikit nugget aku , bagi dia jamah . Itu cuma kebaikan yang olok-olok ja . Aku letak bedak dekat badan dia , aku siram badan dia dengan air . Konon nak bagi wangilah tu ... Dia lari & datang semula . Aku bagi makanan . Lepas tu , aku keluar rumah cari kayu . Aku cucuk cucuk anggota badan dia . Konon nak jadi doktor haiwanlah... Aku pukul-pukul badan dia , tarik-tarik ekor dia . Pembuli haiwan . Dia miau kuat kuat .
Malam itu , abah aku nak keluar rumah pergi pasar . Dia pun gostankan-lah keretanya . And then , lepas kereta dia dah keluar dari garaj rumah , aku tengok dekat tempat parking kereta dia ada bangkai kucing yang baru mati . Rupanya kucing tu ialah , kucing yang aku buli petang tu . Aku masuk rumah , menangis depan pintu . Punyalah menyesal giler macam orang hilang pedoman . Akhirnya aku akur , kucing itu telah bertemu ajalnya dan menunggu aku di 'sana' :\
Moral : Jangan berlaku zalim terhadap haiwan . Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim .
Sunday, April 28, 2013
Tadabbur Al-Quran : Pedoman buat para pengeluh tegar
[Surah al-Maarij : 19]
Bila dapat musibahlah terutamanya .
Tapi , mesti selalu ada seseorang tegur :
"Jangan mengeluh , Allah bagi ujian sebab Dia sayang kau , ada hikmahnya ."
"Fainna ma'al 'usri yusran ."
Setiap kesusahan bersama kesenangan .
Maksudnya Allah tak bagi kita susah je .
Mesti ada senangnya yang kita tak nampak .
Allah tak kata "Fainna ba'dal 'usri yusran ."
Cari hikmah itu .
Itu selingan .
Saya selalu ingin berazam untuk kurangkan mengeluh .
Kerana orang Islam itu kuat , tabah .
(saya Islam)
Satu hari , saya sedang muraja'ah awal juz 9 bersama ahli 'seram bil Quran' .
Saya nakal , saya buka tafsir .
Saya 'ter'baca "Innal insana khuliqa haluu'an" .
Bakal-bakal ahli syurga itu marah saya .
Saya persetankan .
Saya baca tafsir ayat seterusnya :
"Apabila dia ditimpa kesusahan , dia berkeluh kesah ."
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir ."
"Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat ,"
"Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya ."
"Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu ,"
"Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta ."
"Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan ,"
"Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya ,"
"Sesungguhnya terhadap azab Tuhan mereka , tidak ada seseorang
yang merasa aman (dari kedatangannya )"
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya ."
"kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki
maka sesungguhnya mereka tidak tercela ."
"maka barangsiapa mencari di luar itu (seperti zina , homoseks , dan lesbian),
mereka itulah orang-orang yang melampaui batas ."
"Dan orang-orang yang memelihara amanat dan janjinya ."
"Dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya ."
"Dan orang-orang yang memelihara solatnya ."
"Mereka itu dimuliakan di dalam syurga ."
[Yang pink-pink tu isi penting .]
Akhir kalam daripada saya di entri ini :
"Banyakkan baca dan tadabbur al-Quran . Kita akan temui banyak mutiara yang dapat dijadikan pedoman hidup..."
Sirru 'ala barakatillah... :D
Tuesday, March 26, 2013
Khas untuk orang yang ditimpa ujian :)
Semoga kalian berada di dalam naungan rahmat dan maghfirah-Nya . Kepada yang ditimpa ujian ketika ini , ingatlah ketika Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 :"Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha ." Maksudnya , "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ." Dan setiap ujian yang Allah datangkan adalah bermaksud untuk menguji keimanan kita dan menguji di antara kita siapa yang lebih baik amalnya . Tapi , tak semua ujian tu dalam bentuk kesusahan . Hakikatnya , ujian dalam bentuk kesenangan tu lagi susah daripada ujian dalam bentuk kesusahan . Last but not least , hadapi setiap ujian dengan penuh tabah dan sabar kerana kadang-kadang Allah sembunyikan matahari . Kita tanya mana matahari . Rupa-rupanya , Allah nak bagi kita pelangi !^_^ Innallaha ma'assabiriin... Dan orang yang bersabar tu in sha Allah akan mendapatkan keuntungan atas kesabarannya . Aamiin...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji ." [Al-Ankabuut:2]
"Yang menciptakan mati dan hidup , untuk menguji kamu , siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya ." [Al-Mulk:2]
"Dan Kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kalian kembali ." [Al-Anbiyaa':35]
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung ." [Ali Imran:200]Semoga antum saudara-saudara ana sentiasa tabah . Mohonlah kekuatan daripada Yang Maha Pemurah . Ma'as salamah wa ilalliqaa'... :D
Sunday, March 24, 2013
Kita Semua Abdullah !
Semoga antum sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT . Ana di sini , bukanlah sesiapa untuk menulis artikel sebegini . Tapi , atas kesedaran bahawa ana adalah saudara seislam antum , maka , ana ingin menyedarkan antum semua tentang kita adalah 'abdullah' . Bukan yang ada nama Abdullah je , abdullah ye . /Saling menyedarkan dan memberi peringatan itu tanggungjawab seorang muslim kepada muslim lainnya . Kita kan bersaudara !:)\
Alhamdulillah , Allah campakkan kesedaran dalam diri ana yang ana ni hamba-Nya . Tapi , ana terfikir , berapa ramai lagi yang di luar sana masih 'buta' dalam berpangkat , 'buta' dalam menjadi 'hamba dunia' . Jadi , ana taknaklah ana seorang je yang sedar . Ana nak semua saudara ana sedar hakikat mereka 'abdullah' . Ana pun pernah buta . Dulu ana jadi pengawas , penolong ketua kelas , ana nak semua orang patuh perintah ana . Tapi , perintah Allah , ana buat endah tak endah . Begitulah juga masa ana pegang jawatan-jawatan yang memerlukan orang patuh perintah ana . Ana tak ambil berat perintah Allah . Tapi , perintah guru / walidain / kawan ana ikut je sebab ana takut mereka marah / benci ana / sebagainya . Ana 'ter'lupa murka Allah SWT lagi hebat maha dahsyat . 'Ter'lupa yang "Wallahu asyaddu ba'san wa asyaddu tankilan" . Allahumma . Sampailah suatu hari , tengah ana duduk nak tunggu azan maghrib , ana tersentak bila tiba-tiba terfikir akan 'abdullah' itu lepas ana baca buku Di Hamparan Shamrock , Ku Seru Nama-Mu .
Aktifkan jantung dengan Zikrullah ! :D
Err ,apa khabar semua ? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan ALLAH SWT . Bersempena petang yang masih diberi peluang untuk kita merasainya ini , marilah kita bersama-sama aktifkan jantung dengan zikrullah ; mengingati Zat Yang Memberi petang ini kepada kita . Alhamdulillah :)
Saturday, February 23, 2013
Lock Your Heart :)
I always lock my doors before going outside . I believe all of us do the same to protect our valuable properties from thieves . We have seen people with more than 3 locks on the door and some also have a specialized integrated alarm system against forceful entry ! Some also have 24 hours live monitoring built in the house .
It is quite pathetic when we use so many locks in order to safeguard some belongings . But , we have little or no locks at all in ourselves to safeguard our iman from shaitan and evils of this world . This iman , which is more precious than any material thing , needs more protection than our belongings .
Iman enters into us in four ways , unfortunately it leaves through the same ways . They are our ears , eyes , tounges , and our hearts . We should make sure that we use them in a way that ALLAH is pleased .
May ALLAH bless us and may we die with iman in ourselves . In sha ALLAH , ameen . Assalamu'alaikum :)
Monday, February 11, 2013
Thank Allah ! :)
I'm gonna share an article that I've copied from maestrouzy . Enjoy , and I beg you , please take the ibrah if you found it :)
A blind boy steps of a building with a hat by his feet . He held up a sign which said : "I am blind , please help." There were only a few coins in the hat .
A man was walking by . He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat . He then took the sign , turned it around , and wrote some words . He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words .
Soon the hat began to filled up .A lot more people were giving money to the blind boy . That afternoon , the man who changed the sign came to see how things were . The boy recognized his footsteps and asked , "Were you the one who changed my sign this morning ? What did you write ?"
The man said , "I only wrote the truth . I said what you said but in a different way ."
What he had written was : "Today is a beautiful day , and I cannot see it."
Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing ?
Of course both signs told people the boy was blind . But the first sign simply said the boy was blind . The second sign told people they were so lucky that they were not blind . Should we be surprised that the second sign was more effective ?
"It is He , Who has created you (the sense of) hearing (ears) , sight (eyes) , and hearts (understanding) . Little thanks you give ." [Surah Al-Mukminun: 78]
Sunday, December 30, 2012
Kisah Mayat Mati Hidup Semula
Sebelum tu , ai nak beritahu , dekat entri ni , TIADA gambar mayat , 'sweet' , mahupun yang seangkatan dengannya . Wallahi wa billah . Ai tak tipu ni . Mak ai kata tipu berdosa . Lagipun ai taip entri ni masa tengah malam. Ai sendiri pun tak berani nak menatap gambar mereka apatah lagi nak post di entri . *Ehem*. Kisah ni ai dapat dari ustazah ai . Beliau ceritakan pada kami (banat aspuri) kisah ini masa talaqqi kitab tu .
Al-kisahnya begini , ada seorang ustazah ni ,beliau buat ceramah tentang pengurusan jenazah . Tengah-tengah beliau bercakap tu , tiba-tiba , ada seorang makcik ni tanya . "Betul ke teori ustazah pasal pengurusan jenazah tu ? Saya ni , dah mati , tapi hidup semula ." *Mohon kepada semua pembaca untuk sambung membaca . Diharap tiada yang terkena serangan jantung ataupun mini heart attack . sekian* . Semua hadirin yang dengar ceramah tu dah buat muka saspen tahap *1234567899910*. Tapi , ustazah tu suruh cool-cool , rileks-rileks je . Bagi peluang dekat makcik nak sambung cakap . *Tapi sebenarnya , ustazah pun terkezzut jugak*
Makcik tu ceritalah , bila jenazah dia nak dimandikan , dia jerit-jerit panggil anak-anak dia suruh mandikan . Bila jenazah nak dikafankan , makcik jerit-jerit panggil anak dia suruh kafankan . And the same goes to bila jenazah makcik tu disembahyangkan dan keranda diusung ke liang lahad . Tapi , sadlifenya , anak-anak dia tak buat apa yang dia inginkan . Yelahkan , makcik dah meninggal , manalah anak-anak dia nak dengar dia jerit-jerit suruh tolong . Lepas tu, makcik kata "Tiba-tiba ,makcik terjaga !". Kihkih . Rupa-rupanya , makcik mimpi je . Kira okeylah tu , makcik sempat lagi kalau nak advise anak makcik .
*Ehem* . Khalasahnya , bila ditakdirkan ALLAH bahawa ibu / bapa kita akan pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya , maka ,kita sebagai anak bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah mereka . Cikai-cikai pun , tolong sembahyangkan dan baca Yaasiin dan al-Fatihah je dekat arwah .Itu pun dah memadai . Cuma , pada pandangan patik , menguruskan jenazah ni ,sebagai tanda kita sayang mereka . Sebagai tanda kita hargai jerih payah mereka melahirkan ,membesarkan , dan menjaga kita . Juga mendidik kita menjadi insan yang berguna pada Agama , Bangsa , dan Negara ! *buat gaya ahli parlimen berucap* . Sekian ,yang baik datang daripada ALLAH SWT , yang buruk , datang daripada diri saya sendiri . Wallahu a'lam . May ALLAH bless . Assalamu'alaikum wbt :D
Friday, December 28, 2012
Asrama tempat menjana duit .
Apa khabar kalian-kalian sekalian ? *ewah , ayat apa kau guna , fathi ?* . Okey , mari kita lantakkan sahaja kata-kata aluan dari Puan Sri Fathi . Straight to the point , patik sebenarnya nak cerita pasal asrama. K , patik sedar , sejak setahun ni , patik asyik cerita pasal asrama , sekolah , asrama , sekolah saja . First , sebab patik terlalu eksaited masuk asrama tahap *abcdefghijklmnop* . Kedua , sebab pastik eksaited . Ketiga , sebab patik eksaited . Keempat , sila ulang benda yang sama sehingga ke infiniti X) . Sebenarnya , ini bukan point sebenar pun . Cas cas je nak straight to the ampang point . Last-last masuk Jalan TAR jugak . Patik buat tajuk 'Asrama tempat menjana duit' ni bukan apa . Fyi , asrama sekarang trendnya jual-jual barang . Biasalah , budak-budak sekarang ni , pemikiran dia maju . "Aku tak dapat belajar tinggi-tinggi pun takpelah , berbekalkan pengalaman aku jadik businesswoman / businessman kat asrama ni , boleh jugaklah aku sara hidup aku lepas habis belajar nanti." *nada pasrah , menyerah dan beralah*. So , pada tuan tuan hamba sekalian yang teringin nak berbusiness dekat asrama , patik ada suggest stuff stuff yang agak laku jika dijual di asrama .
Makanan
*Ehem* . Bak kata pepatah , budak asrama dengan makanan memang tak dapat dipisahkan . Bagai isi dengan kuku , aur dengan tebing , pelajaran dengan buku , dan rumput dengan kambing . Kahkah . Okay , it's not funny , Puan Sri . You better sambung about the makanan . Makanan yang paling laku ialah ________ treng teng teng... MAGGI !!! Tapi , biasanya laku dekat budak lelakilah . Kalau perempuan maybe bubur segera :3 Tapiii , yang paling grand ialah makanan hand-made . Macam cupcake ke , nasi ayam ke , cheezy wedges ke , nasi lemak ke , apa ke. Selalunya makanan macam ni dia orang jual setiap hari minggu je . Almaklumlah , mak bapak rajin datang waktu hujung minggu je . Tak sampai 1 minit buat announcement , dorm dah penuh . Malam tu tidur tersengih-sengih memanjang . Bukan apa , happy sangat dapat untung sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Alhamdulillah...
Pakaian
Jangan hang pikir duduk asrama beli makanan forever . Orang jual pakaian pun ada jugak tau . Ni especially untuk perempuanlah . Kalau lelaki , patik tidak tahu menahulah pulak pakaian apakah yang dilelong . Yang orang perempuan ni dok pakat jual jubah , blaus , tudung , stoking , dan stongan . Tapi an , patik takdelah sampai nak beli jubah , blaus dengan tudung tu semua . Patik just beli stoking dengan stongan je . Barang kecik , harga pun kecik , kan ? *sila angguk . siapa tak angguk , bunuh satgi* So , tak berlaku banyak pembaziran di situ and yeah , patik beli kalau terdesak je . I'm not the boros onee . *and that was the liar words onee :p*
Stuff tambahan
Stuff tambahan ni contohnya macam : keychain , beg & sandal . Keychain ni keychain yang kita boleh taruk nama kita ikut suka hati . Pernah jadi trend dan kegilaan suatu masa dahulu . Namun kini , kegilaan tu dah berkurangan ke tahap sakit mental . Kira okeylah tu . Mental dia cuma sakit je . Tak sampai gila pun . Kitorang budak maahad ni ramai yang ada quran tafsir berzip . So , diorang ramai yang gantung kat situ . Bila jalan bawak Quran je mesti jatuh-jatuhkan keychainnya semata-mata nak tayang nama yang bling bling tu . Salah seorangnya patiklah . Haha X) . Kalau beg pulak , macam-macam beg ada . Sampai beg ala-ala mak datin pun dijual . Bila tengok katalognya , I was like "Double wow !" ? Dan situasi yang sama turut menimpa pada kasut .
Natijahnya setelah ditambah , tolak , darab dan bahagi , makanan paling laku ! Yeayyy *sila beri tepukan gemuruh jiwa*. Tak dinafikan , patik ada juga beli-membeli ni . Patik beli beg , stongan , stoking & cupcake . Patik pun ada nafsu juga . Ada 9 nafsu pulak tu . Mustahil tak tergoda tengok beg yang lawa-lawa , stongan yang design cantik + kain jenis yang best . Lagi bernafsu patik tengok cupcake yang Huda jual . Rasa nak habiskan sorang-sorang je cupcake tu . Makan dalam dorm depan almari sambil ngadap gambar mak abah + adik-adik . *Psst , ni adalah rahsia yang patik simpan sejak masuk asrama . Iaitu rahsia menyeludup masuk gambar keluarga ke dalam almari . Tapi akhirnya , sepandai-pandai belalang melompat , akhirnya jatuh ke rumput jua bila ada kawan curi-curi buka almari . Lepas tu , sibuklah busy body tanya yang pakai baju ni sape , yang comel ni sape , yang tinggi lampai kalah hantu galah ni sape , yang kiut miut da bomb nak gila ni sape . Patik hempuk dengan besi katil ni baru diam seribu bahasa . K , sekian , Assalamualaikum wbt :)




